Tuesday, November 29, 2011

Satu Kehidupan


Ada waktu, kita akan rasa sangat penat. Penat dengan segala - galanya. Macam tu jugak la dengan aku. Sekarang ni aku rasa aku dah terkena virus PENAT. Sampai satu tahap aku fikir aku ni bukan robot. Aku cuma manusia biasa. Perlukan rehat. Aku bukan ROBOT! Hahaha!

Assignment bertimbun - timbun. Assignment lain aku tak kisah sangat. Aku rasa aku boleh handle. Tapi bukan assignment animation. Aku pun hairan kenapa macam tak boleh go on dengan animation. Susah hati kot. :p

Saat - saat macam ni mula teringatkan rumah. Serius, rindu gila kat family. Rindu gila nak balik rumah. Rindu gila masakan rumah. Kalau ada sayap, dah lama aku terbang balik Kedah tu. Sejak duduk Melaka ni, kadang - kadang aku rasa "battery" aku dah low. Sampai ada satu ketika dah jadi "kong". So nak recharge balik kena balik Kedah. Ada apa kat Kedah tu? Awek ka? Hahaha! Bukan - bukan. Orang macam aku memang tak sesuai nak ada awek lagi. Kat Kedah ada family. Tu yang paling penting.

Duduk Melaka ni best. Bukan tak best. Tapi ntah la. Aku rasa masih ada yang kosong. Mungkin sebab aku tak minat kos yang aku ambik. Last - last, effect pada result study aku. Sat - sat, duduk Melaka best? Aiyo! Pagi pi kelas, petang balik kelas. Malam duduk Murni study on9. Itu la kerja hari - hari. Apa benda best yang aku buat kat Melaka ni? Haha!

Apapun aku kena belajar bersyukur. Bersyukur dengan semua yang aku dapat. Kalau aku rasa susah, sebenarnya masih ramai lagi orang yang lagi susah dari aku. Itu fakta. Jadi, hadapi dengan senyuman. :)

p/s: Aku sangat tak bermotivasi nak buat assignment animation.
p/s/s: Tak sabar nak tunggu cuti 5 minggu. Aku nak rehat!!!


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, November 22, 2011

Gemuruh Malaysia!!!



Semalam pi tengok bola Malaysia lawan Indonesia dengan Sophyd, Zul, Nas, Amir Azmi & Ejat. Tengok kat "Stadium" Asri Rosmerah. Gila gempak kot! Penuh satu restoran tu. Apa yang buat aku bangga la kan, waktu lagu Negaraku tengah main, automatik semua orang kat restoran tu berdiri. Semua pakat berdiri tegak nyanyi ramai - ramai. Time tu rasa orang Malaysia sangat patriotik weh! Haha!

Takmau cakap panjang pasal game ni. Rasanya semalam memang ramai yang dok update blog, status fb / twitter pasal bola. Aku rasa, sukan ni especially bola memang boleh buat orang bersatu padu. Tak kira apa kelab bola yang dia minat, apa bangsa, apa fahaman politik, semua boleh duduk sekali sokong team Malaysia. Boleh bersorak, boleh menjerit, boleh menyanyi sama - sama. Semua semata - mata sebab nak sokong Malaysia. Kalau bab sukan, boleh nampak patriotiknya orang kita ni. Hehe. Kalau pasal lain, kita gaduh. Pasal sukan, kita bersatu. Kan best kalau semua hal kita boleh terjemahkan semangat perpaduan kita macam kita terjemahkan dalam sukan.


p/s: Ada orang tanya, awat jarang upload banyak gambar kat blog, jawapan - laju pulak wifi kat hostel murni ni kan. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, November 19, 2011

Saya Suka Media Interaktif

Tanpa usaha takkan ada kejayaan. Betul apa yang orang selalu cakap tu. Kalau cepat mengalah mana nak capai kemenangan.

Pukul 10.30 pagi semalam Saufi a.k.a. Sophyd datang bilik aku. Nak buat assignment Artifial Intelligence. Assignment berkumpulan. Kena buat expert system guna Lisp Programming. Seriously memang sangat susah.
Mula - mula tu rasa macam ok lagi. Tapi makin lama, makin tak boleh blah. Paling aku kesian kat Sophyd. Stress dia dok perbetul coding yang asyik error. Hehe.

Buat punya buat sampai pukul 12 tengah malam baru siap. Alhamdulillah. 12 jam  dok hadap laptop. Gila tak gila. Yang paling letih sekali si Sophyd la. Dia yang paling banyak hadap laptop tu. Terima kasih banyak Sophyd! Haha!

Makin hari makin stress dengan assignment yang tak berhenti. Nak lagi best Isnin nanti ada lab test subjek Computer Animation. Animation? Memang jiwa dan jasad aku tak bersatu. Macam mana la nak belasah buat Animation tu. Aiyo!!! =.=

Nak buat animation ni kena minat. Masalahnya aku tak minat langsung kot. Tiap kali bukak Maya ja terus rasa tak semangat. Tak tau la nak suntik apa lagi dah dalam badan ni nak bagi minat Animation. Padan muka hang Nazrul Azwan, haritu boleh tukar kos, hang gatai nak stay sangat ambik kos Media Interaktif. Padan muka! Dush! Dush!
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, November 7, 2011

Apa Boleh Buat, Hidup Mesti Diteruskan

Pukul 7 pagi sabtu dah selamat sampai di Sungai Petani. Naik bas pukul 10.30 malam. Perjalanan yang sungguh lama dan memenatkan. Patutnya pukul 4.30 pagi macam tu dah boleh sampai tapi disebabkan jalan sesak, faham - faham sajalah.

Seriously, rasa excited gila dapat balik SP. Rasa macam dah lama gila tak balik. Rindu kot! Cuti midsem seminggu ni rasa macam nak rehat puas - puas kat rumah. Nak tenangkan fikiran. Padahal assignment bertimbun - timbun. Haha!

Disebabkan aku tak minat dengan kos yang aku sedang ambik sekarang (Media Interaktif), kadang - kadang aku rasa macam nak buat assignment yang related dengan MI sangat malas. Ingatkan untuk degree ni boleh tukar kos, tapi rupa - rupanya dapat kos yang sama jugak. =.=

Paksa diri untuk minat tapi apa boleh buat, sampai sekarang tak sampai seru nak minat lagi. Risau jugak sebab benda ni akan effect pada result exam aku. Apa boleh buat, teruskan saja. Ada lagi 2 setengah tahun. Sabar sikit ja lagi Muhammad Nazrul Azwan. Walaupun mungkin hang  susah sikit nak compare dengan kawan - kawan sekelas yang lain, tapi TERUSKAN. Yang penting USAHA. Tiba - tiba ayat cam tak boleh blah pulak kan. Adoi! Hahaha!

p/s: Kan best kalau cuti midsem sebulan. Seminggu tu kejap sangat. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)