Tuesday, December 27, 2011

Diam Itu Sombong?

Kadang - kadang aku ada jugak terdengar suara - suara merdu yang cakap aku ni macam sombong. Alasan? Sebab aku diam.

Diam tu sombong? Mana ada. Tu dua karakter berbeza. Ya, memang selalunya aku lebih banyak diam. Pendiam mungkin? Entah la. Kalau kena masa memang aku agak banyak bercakap. Tapi tengok keadaan jugak. Ada masa aku lebih selesa duduk diam. Hanya perhati keadaan sekeliling. Biarkan orang sekeliling bercakap. Takkan macam tu dianggap sombong?

Aku rasa aku bukanlah seorang yang sombong, poyo, kekwat, berlagak dan sama waktu dengannya. Tu bagi pendapat aku sendiri la. Haha! Taktau pendapat orang lain. Mungkin diorang belum kenal aku lagi. Kalau dah kenal mungkin persepsi diorang akan berbeza.

Ada jugak yang cakap kat aku, aku susah nak senyum. Kalau perhati kat aku, tengok aku buat donno saja. Adoi. Sebenarnya aku segan. Bukan sombong. Kadang - kadang bila tengok, rasa macam nak senyum tapi aku takut kalau takdak respons. Tak ke malu aku. Haha!

Tapi ni bagi sesetengah orang ja. Ada ja dengan orang lain aku mudah senyum walaupun kenal  / tak kenal. Ikut orang gak kot. Entah ler labu. Kalau boleh aku tak nak la orang cop aku ni seorang yang sombong. Nak kata aku pendiam, aku pun sendiri taktau. Nak kata aku talkative, memang bukan aku. Aku hanya selesa jadi diri aku sendiri. Diam tu tak bermakna sombong kan. Kalau boleh describe karakter aku dalam satu watak drama, aku rasa aku macam Lee Shin dalam Heartstrings. Hahaha! :p


cold


tapi sebenarnya OKAY

p/s: Aku harap dia & lain - lain takkan anggap aku sombong lagi. 
p/s/s: Maaf, terperasan pulak malam ni. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Aku Dah Tua

Tadi petang lepak dekat taman permainan area rumah aku. Sambil borak - borak dengan Alip, ralit dok perhati budak - budak kat situ main kejar -  kejar.

Secara automatiknya. Tettttttttttt. Ayat tak boleh blah. Aku terfikir. Kan best waktu zaman budak - budak dulu. Tak payah fikir hal lain. Pi sekolah. Balik sekolah. Main. Tido.

Berbeza dengan sekarang. Makin tua dewasa ni, makin banyak perkara nak kena fikir. Fikir pasal family, pasal relationship, pasal duit, pasal masalah, pasal assignment, pasal masalah dunia. Kadang - kadang tu rasa agak serabut la jugak.

Tapi sebenarnya secara tak langsung hal - hal macam ni la yang mematangkan kita dalam hidup. Boleh mempengaruhi kita dalam buat keputusan. Kalau kita tak hadapi semua masalah, macam mana kita nak ajar diri kita sendiri untuk jadi lebih kuat. Tu yang aku selalu pesan pada diri aku.

p/s: Berani berdepan masalah, semuanya takde hal lah! :)


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, December 20, 2011

Saya Sayang Maya

Dalam entry lepas aku ada cakap pasal takdak motivasi nak buat assignment modelling diri sendiri kan. Akhirnya alhamdulillah dapat gak submit assignment ni Isnin minggu lepas.

Walaupun aku rasa modelling aku tak cantik macam modelling orang lain, tapi rasa lega la sebab dah lepas BALA nak buat modelling. Haha! Seriously cakap, tekanan kot nak buat benda ni. Dengan takdak motivasi aku gagahkan jugak buat 5 hari 5 malam. Nak makan pun tak lalu. Poyo ja kan. :p Buat pun macam cincai - cincai ja. Lantak la. Aku fobia dengan Maya. Aku lebih rela menghadap coding dari menghadap Maya.



p/s: serik belajar animation & sama waktu dengannya.

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, December 19, 2011

IU & SNSD




Fall in love with this. Bila awek - awek aku menyanyi. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, December 12, 2011

Audio Video Project - "Rebut" Shooting
















Lokasi : Taman Seribu Bunga & Murni 2-6
Tarikh : 9/12 & 11/12/2011
Watak : Azwan (Kipas Susah Mati Chelsea) & Sophyd (Kipas Susah Mati Arsenal)

p/s: Sangat letih berlakon. Berlakon memang memenatkan. 

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, December 11, 2011

Saya Suka Banyak Assignment

Lagi 2 minggu cuti study week. Tak sabar nak cuti sebenarnya walaupun aku tau cuti - cuti pun kena study. PENAT. Dalam entry lepas - lepas aku ada sebut jugak pasal ni. Dan sekarang aku rasa PENAT lagi. Selagi tak habis sem ni, selagi tu penat aku takkan hilang. Kawan - kawan lain pun macam tu jugak. Semua penat dengan assignment yang bertimbun - timbun. Makin nak habis sem, makin banyak pulak kerja. Biasa la, nama pun student kan.

  • Computer Animation - Own Character
  • Website Application Development - Upgrade Website Felda
  • Critical and Creative Thinking - Develop Website CCT
  • Hubungan Etnik - Kajian Kes (Akulturasi)
  • Artificial Intelligence - Upgrade System
  • Data Communication and Networking - Assignment 1
  • Digital Audio Video - Video Project (Rebut)
  • Artificial Intelligence - Kuiz (Neural, Fuzzy, Genetic)

Banyak tak banyak. Semua nak kena submit dalam minggu ni & minggu depan. Sebenarnya aku rasa banyak kerja pun takpa. Baru mengajar kita macam mana nak handle masa. (Ayat Redha) Nanti kalau dah kerja mesti lagi teruk. Lain la kalau kahwin dengan tuan puteri. Duduk istana goyang kaki ja. Haha!

Dalam dok busy ni pun, sempat lagi curi - curi tengok cerita Jepun  - 14 Sai No Haha. Best gila kot cerita ni. Apa nak jadi la Mat Nazrul Azwan ni. Dush! Dush!

p/s: Diam tu tak semestinya sombong kan? ;)







Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Friday, December 9, 2011

Aku Suka Subjek Itu

Subjek Hubungan Etnik. Terbaik punya subjek. Sebab apa aku kata terbaik? Sebab memeningkan dan memboringkan. Haha!

Aku rasa subjek ni macam okay tapi kerja kursus sangat tak boleh blah. Meletihkan. Mendukacitakan. Memillukan.

Kami dibahagi 7 group. Group aku group yang ketujuh. Ada 11 orang. 8 cewek 3 cowok. Nasib baik aku dapat group yang okay. Dapat la kami tolong menolong buat mana yang patut. Tapi seriously, aku rasa kesian pada ketua group kami. Bersusah payah dia nak setelkan assignment ni.

Time group 1 - 3 present, banyak masa dihabiskan dengan benda - benda remeh. Masalah format & teknikal. Kitorang kat belakang tersangat la suka boring tengok pensyarah asyik suruh presenter perbetul kesalahan teknikal tu.  Dah jadi macam kelas penulisan teknikal. Memang TERSANGAT SUKA kan. :p



p/s: King Sophyd! Aku buat apa yang aku cakap tadi! Berani kerana benar! Haha!


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)