Thursday, October 25, 2012

Nasi Goreng Colosseum

Segmen jalan - jalan cari makan. Pasal Nasi Goreng Colosseum kat Qasreena Cafe, Taman Puncak, Bukit Katil. Ramai jugak bebudak UTeM yang tau pasal cafe ni. Famous kot. :p



Cafe ni memang agak unik. Depan cafe ni memang takkan tertera "Qasreena Cafe". So orang luar yang tak pernah datang memang takkan tau tu adalah QC. Just boleh nampak depan cafe ada 2-3 payung warna merah. Nama - nama makanan kat sini pun unik - unik.

Balik pada Nasi Goreng Colosseum ni, memang antara feveret aku kalau tiap kali datang sini. Tak jemu makan. Nasi goreng yang dicampur denga marjerin, dimakan dengan ayam @ daging blackpepper. Perhh, memang sangat sedap. Kenapa colosseum? Sebab ayam @ daging tu diletak di tengah - tengah nasi. Kira macam Colosseum di Itali. Harga pun boleh tahan. RM5.50. Pekena pulak dengan air Soda Bandung 3 layer. Yummy yummy!



Seminggu sekali aku ada datang gak kat sini dengan kawan - kawan. Kami semua memang macam dah ketagih nak makan Nasi Goreng Colosseum ni. Padahal banyak lagi makanan sedap - sedap kat sini. Dari sem 1 sampai sekarang, tak jemu - jemu datang. Seriously. :p

p/s: Qasreena Cafe tutup hari Ahad.
p/s/s: Dok Melaka ni, memang selalu jalan - jalan cari makan cari makanan sedap. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Thursday, October 4, 2012

Antara Green Lung & Conteng

Masuk minggu ke 4 study. Makin busy. Kadang - kadang rasa penat gilaa. Ada hari kalau betul - betul busy, terkejar sana terkejar sini. Tapi kalau ada hari free, memang free sungguh.

Dalam banyak  - banyak hal, sekarang fokus aku pada dua aktiviti.

Karnival Green Lung Melaka 2012

Tarikh karnival ni 20 Oktober 2012. Kat MITC. Karnival ni melibatkan 11 IPT seluruh Melaka. Karnival tentang kesihatan dan bahaya merokok. Akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Bagi pihak UTeM sendiri, kami dapat beberapa slot untuk aktiviti dan jugak publisiti.

Aku dilantik jadi Ketua AJK Multimedia bagi program ni. Maknanya aku kena handle design Banner, Bunting, Backdrop, Name Tag, Sticker, etc. Aku dibantu AJK bawah aku merangkap budak kelas aku iaitu Atikah, Aen, Qma & Fiza. Pening jugak laa nak handle pasal ni. Sebab? Biarlah dirahsiakan. Haha!



Bengkel 2

Semua budak FTMK yang dah masuk tahun 3, diwajibkan amek Bengkel 2. Bagi budak kos BITM, kami kena buat satu short film + 2D / 3D. 4 orang satu kumpulan. Aku, Amin, Muiz & Aen. Hujung sem ni akan ada pameran di mana judge akan datang bagi markah.

Nama kumpulan aku, FuntaStick Crew. Amacam? Style dak nama? Haha! Setelah bincang punya bincang dengan ahli kumpulan, kami buat keputusan nak buat cerita yang bertajuk 'Conteng'. Short film 10 minit ni pasal perhubungan adik beradik yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan orang lidi oleh adik tu sendiri. Lukisan yang dilukis tu nanti akan jadi 2D animation. Nak cerita panjang - panjang, tak surprised pulak nanti. Tunggu laa, insyaAllah bila dah siap aku upload nanti. :p






 
Buat masa sekarang, memang aku fokus pada dua hal ni walaupun sebenarnya banyak lagi hal lain yang nak kena handle. Assigment & Projek pun dah mula dapat. Biasa la tu. Kehidupan seorang student. :p

p/s: Penat memang penat. Tapi ni sebahagian dari pengalaman kan.
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, September 25, 2012

Semester Baru

Assalamualaikum.

Sebulan tak update blog. Macam biasa, naik awal sem memang busy. Busy dengan study, busy dengan aktiviti kelab, busy dengan hal peribadi.

Pejam celik aku dah masuk tahun 3. Cepat gilaa. Tahun 3 ni baru rasa tahap kesenioran tu tinggi bila tengok adik - adik junior yang baru masuk haritu. Yang tak boleh blah, depa panggil aku 'abang'. Aigoo. =.="

Sem ni aku taklaa pack sangat keluar masuk kelas. Aku ada 14 jam kredit. Hanya ada kelas hari Isnin, Selasa & Khamis. Hari lain cuti. Heaven kot. Haha! Tapi tu pun still busy dengan segala projek & program bagai.


Ada masa nanti aku update lagi. Ni pun curi - curi update sementara nak buat kerja. Hehe. :)

p/s: Kadang - kadang rasa letih sangat sampai ada rasa nak give up sesetengah perkara. 
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, September 3, 2012

Kuey Teow Sotong D'King

Rata - rata orang Sungai Petani tau restoran ni. Restoran D'King di Padang Temusu. Dekat dengan Giant. Kat restoran ni memang ada macam - macam jenis makanan & mee udang yang sedap. Tapi dalam banyak - banyak makanan tu, aku paling suka dia punya kuey teow goreng sotong.

Kat sini kita boleh pilih sama ada nak letak sotong atau udang dalam kuey teow tu. Aku lagi suka sotong laa sebab jarang nak jumpa kan. Selalunya banyak restoran letak udang dalam kuey teow depa. 

Kuey teow ni tak dijual sepinggan dua macam tu. Kalau order, terus cakap nak buat untuk berapa orang makan. Dia akan letak dalam mangkuk besar. Yang bestnya, kalau kita cakap untuk 4 orang makan, tukang masak akan buat macam untuk 5 orang. Kalau cakap 5, akan jadi 6. Sotong yang ditaruk pulak banyak gila. Memang berbaloi la makan!




Tempat pun okay. Layan laa petang - petang kalau nak makan. Harga pun boleh tahan. Selalunya kalau yang goreng - goreng ni sampai pukul 7 petang saja. Bila dah malam, provide makanan lain pulak. Aku selalu jugak datang sini dengan family. Takpun dengan kawan - kawan. Depa semua pun dah ketagih dengan kuey teow sotong ni. :p 

Tuan punya blog pun nak interframe jugak. ;)

> Antara kuey teow yang paling berbaloi bila makan di Sungai Petani. Seriously cakap.

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Thursday, August 30, 2012

Saya Sayang Malaysia


Bila orang hina negara kita, pijak bendera kita, kita marah. Dengan semangatnya kita mengutuk macam - macam pada orang yang menghina Malaysia. Tapi adakah setiap tahun bila datang tarikh bersejarah buat Malaysia, kita tunjukkan rasa bangga kita menjadi anak Malaysia?

Bila negara masuk acara sukan, dengan semangatnya kita menyokong pasukan negara kita. Kita laungkan Malaysia Boleh sebagai tanda sokongan. Tak kira bangsa @ agama, sama  - sama menyokong pasukan kebangsaan. Tapi bila dah habis sukan, adakah sokongan kita terhenti macam tu saja? 

Tu antara situasi yang selalu terjadi dalam masyarakat Malaysia. Bermusim. Musim menyokong negara Malaysia. Kita selalu laungkan yang kita sayangkan Malaysia tapi kenapa rata - rata masyarakat Malaysia jarang tunjukkan rasa sayang tu tiap kali negara merdeka?

Kita terlalu selesa & ikut perasaan sampai kita lupa yang sebenarnya keselesaan tu boleh ditarik pada bila - bila masa saja. Mungkin nanti sampai satu waktu, bila negara dah dijajah, jadi kacau bilau, kita hidup merempat baru kita menyesal. Ingat apa yang nenek moyang kita buat dulu untuk merdekakan negara kita ni.  Berbaloi tak pengorbanan diorang?

Tak salah nak tunjukkan rasa sayang kita pada Malaysia kan?


Kredit Imej  : kissman966.deviantart.com

 Kredit Imej : rebecca13.deviantart.com

Terima Kasih Malaysia

Saya Sayang Malaysia

Selamat Hari Merdeka yang ke 55 :))



Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, August 15, 2012

Obstetrics And Gynecology Doctors

Sejak 3-4 hari lepas, terlayan cerita ni. Obstetrics and Gynecology Doctors. Drama Korea pasal kes - kes pregnant women & baby. Drama ni tak salah aku tahun 2010 tapi tahun ni baru aku boleh terlayan. :p


Seriously cerita ni memang sangat best. Selama ni aku biasa dengar kalau perempuan pregnant, sampai masa terus bersalin. Tak pernah fikir apa yang boleh jadi semasa proses tu. Banyak jenis penyakit yang boleh jadi. Even aku yang laki ni pun bila tengok part kena buat operation bila dah nak bersalin, rasa ngeri. Tunjuk depan  -depan kot. Haha!




Ada kes si ibu meninggal. Ada yang ibu berkorban sebab nak lahirkan anak. Ada baby yang bila lahir ada down syndrome. Ada baby yang cacat. Tengok cerita ni buat aku bersyukur yang aku lahir ke dunia ni dalam keadaan sempurna. Buat aku terfikir tentang emak. Macam mana susahnya dia nak lahirkan aku & adik - adik dulu.



Seorang ibu sanggup gadaikan nyawa dia waktu bersalin sebab nak lihat anak dia hidup di dunia ni. Betapa sakit yang ditanggung pun dia teruskan jugak. Kalau dia hanya pentingkan diri, dia takkan sanggup buat semua tu. Sebab tu mak mana yang tak sayang anak kan. Mesti wujud perasaan sayang tu pada anak dia. Cuma mungkin kita yang kadang - kadang sengaja atau tidak layan dia seperti tak sepatutnya.

Drama ni dah jadi antara drama Korea feveret aku sekarang. Haritu kebetulan aku copy dari hardisk member aku. Bila tengok, terus jadi minat. Sekali sekala ubah selera tengok drama macam ni best kot. :)


> Tengok drama ni tetiba rasa kerja doktor sangat cool la pulak. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, August 12, 2012

Thumbs Up Buat Iklan Raya Ini

Antara iklan raya kegemaran aku tahun ni.

Iklan raya Bernas. Aku yakin, ramai yang dah pernah tengok iklan ni pasti tersentuh hati. Mula - mula aku tengok di TV. 1st time tengok terus rasa terfeeling - feeling. :p

Tengok pulak di YouTube. Kali ni versi full story. Memang feeling habis lahh. Ahmad jadi mata Fizi. Fizi jadi mulut Ahmad.



Kita semua excited nak sambut raya. Macam - macam yang kita prepare. Tapi sebenarnya kadang -kadang kita tak tefikir tentang orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita.

Insan - insan istimewa ni kadang - kadang jauh lebih tabah dari kita sendiri. Tapi yang sedihnya ada sesetengah dari kita yang bagi layanan "1st class" pada diorang. Sedih kot tengok masa diorang kat stesen bas & stesen keretapi tu. Lepas tu sanggup naik belakang lori sebab nak balik kampung then kena halau pulak tu.

Diorang sanggup balik kampung sebab nak melawat family, tapi ada sesetengah dari kita pulak yang sanggup abaikan family bila hari raya semata - mata nak kejar nikmat raya untuk diri kita sendiri.

Thumbs up & tahniah pada Bernas, Production, & Director (Hafiz Ibrahim) sebab berjaya hasilkan iklan raya yang best nih.

Iklan raya Petronas ni pun best. Kalau kat TV sat ja tunjuk. Tengok di YouTube baru lebih menghayati iklan nih. Haha!

 

Bila kita sendirian di tempat orang, baru kita belajar menghargai apa yang ada disekeliling kita & apa yang pernah kita kecapi. Dulu mungkin bila kita dah terlalu selesa di comfort zone, kita lupa yang mungkin tu hanya sementara.

Kita bertuah sebenarnya duduk di Malaysia ni. Ada sesetengah negara yang rakyatnya kebuluran. Ada yang tak dapat pendidikan sebab terlalu daif. Ada yang selalu ditindas. Kita disini hidup aman damai tapi still tak mahu bersyukur. Masih tak menghargai apa yang kita ada.

Mungkin bila dah hilang kesenangan tu baru kita menghargai apa itu makna bersyukur.

Thumbs up & tahniah jugak buat Petronas & production team. :)

> Kenapa aku rasa kita makin kekurangan iklan raya yang best setiap tahun?
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)