Tuesday, December 27, 2011

Diam Itu Sombong?

Kadang - kadang aku ada jugak terdengar suara - suara merdu yang cakap aku ni macam sombong. Alasan? Sebab aku diam.

Diam tu sombong? Mana ada. Tu dua karakter berbeza. Ya, memang selalunya aku lebih banyak diam. Pendiam mungkin? Entah la. Kalau kena masa memang aku agak banyak bercakap. Tapi tengok keadaan jugak. Ada masa aku lebih selesa duduk diam. Hanya perhati keadaan sekeliling. Biarkan orang sekeliling bercakap. Takkan macam tu dianggap sombong?

Aku rasa aku bukanlah seorang yang sombong, poyo, kekwat, berlagak dan sama waktu dengannya. Tu bagi pendapat aku sendiri la. Haha! Taktau pendapat orang lain. Mungkin diorang belum kenal aku lagi. Kalau dah kenal mungkin persepsi diorang akan berbeza.

Ada jugak yang cakap kat aku, aku susah nak senyum. Kalau perhati kat aku, tengok aku buat donno saja. Adoi. Sebenarnya aku segan. Bukan sombong. Kadang - kadang bila tengok, rasa macam nak senyum tapi aku takut kalau takdak respons. Tak ke malu aku. Haha!

Tapi ni bagi sesetengah orang ja. Ada ja dengan orang lain aku mudah senyum walaupun kenal  / tak kenal. Ikut orang gak kot. Entah ler labu. Kalau boleh aku tak nak la orang cop aku ni seorang yang sombong. Nak kata aku pendiam, aku pun sendiri taktau. Nak kata aku talkative, memang bukan aku. Aku hanya selesa jadi diri aku sendiri. Diam tu tak bermakna sombong kan. Kalau boleh describe karakter aku dalam satu watak drama, aku rasa aku macam Lee Shin dalam Heartstrings. Hahaha! :p


cold


tapi sebenarnya OKAY

p/s: Aku harap dia & lain - lain takkan anggap aku sombong lagi. 
p/s/s: Maaf, terperasan pulak malam ni. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Aku Dah Tua

Tadi petang lepak dekat taman permainan area rumah aku. Sambil borak - borak dengan Alip, ralit dok perhati budak - budak kat situ main kejar -  kejar.

Secara automatiknya. Tettttttttttt. Ayat tak boleh blah. Aku terfikir. Kan best waktu zaman budak - budak dulu. Tak payah fikir hal lain. Pi sekolah. Balik sekolah. Main. Tido.

Berbeza dengan sekarang. Makin tua dewasa ni, makin banyak perkara nak kena fikir. Fikir pasal family, pasal relationship, pasal duit, pasal masalah, pasal assignment, pasal masalah dunia. Kadang - kadang tu rasa agak serabut la jugak.

Tapi sebenarnya secara tak langsung hal - hal macam ni la yang mematangkan kita dalam hidup. Boleh mempengaruhi kita dalam buat keputusan. Kalau kita tak hadapi semua masalah, macam mana kita nak ajar diri kita sendiri untuk jadi lebih kuat. Tu yang aku selalu pesan pada diri aku.

p/s: Berani berdepan masalah, semuanya takde hal lah! :)


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, December 20, 2011

Saya Sayang Maya

Dalam entry lepas aku ada cakap pasal takdak motivasi nak buat assignment modelling diri sendiri kan. Akhirnya alhamdulillah dapat gak submit assignment ni Isnin minggu lepas.

Walaupun aku rasa modelling aku tak cantik macam modelling orang lain, tapi rasa lega la sebab dah lepas BALA nak buat modelling. Haha! Seriously cakap, tekanan kot nak buat benda ni. Dengan takdak motivasi aku gagahkan jugak buat 5 hari 5 malam. Nak makan pun tak lalu. Poyo ja kan. :p Buat pun macam cincai - cincai ja. Lantak la. Aku fobia dengan Maya. Aku lebih rela menghadap coding dari menghadap Maya.



p/s: serik belajar animation & sama waktu dengannya.

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, December 19, 2011

IU & SNSD




Fall in love with this. Bila awek - awek aku menyanyi. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, December 12, 2011

Audio Video Project - "Rebut" Shooting
















Lokasi : Taman Seribu Bunga & Murni 2-6
Tarikh : 9/12 & 11/12/2011
Watak : Azwan (Kipas Susah Mati Chelsea) & Sophyd (Kipas Susah Mati Arsenal)

p/s: Sangat letih berlakon. Berlakon memang memenatkan. 

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, December 11, 2011

Saya Suka Banyak Assignment

Lagi 2 minggu cuti study week. Tak sabar nak cuti sebenarnya walaupun aku tau cuti - cuti pun kena study. PENAT. Dalam entry lepas - lepas aku ada sebut jugak pasal ni. Dan sekarang aku rasa PENAT lagi. Selagi tak habis sem ni, selagi tu penat aku takkan hilang. Kawan - kawan lain pun macam tu jugak. Semua penat dengan assignment yang bertimbun - timbun. Makin nak habis sem, makin banyak pulak kerja. Biasa la, nama pun student kan.

  • Computer Animation - Own Character
  • Website Application Development - Upgrade Website Felda
  • Critical and Creative Thinking - Develop Website CCT
  • Hubungan Etnik - Kajian Kes (Akulturasi)
  • Artificial Intelligence - Upgrade System
  • Data Communication and Networking - Assignment 1
  • Digital Audio Video - Video Project (Rebut)
  • Artificial Intelligence - Kuiz (Neural, Fuzzy, Genetic)

Banyak tak banyak. Semua nak kena submit dalam minggu ni & minggu depan. Sebenarnya aku rasa banyak kerja pun takpa. Baru mengajar kita macam mana nak handle masa. (Ayat Redha) Nanti kalau dah kerja mesti lagi teruk. Lain la kalau kahwin dengan tuan puteri. Duduk istana goyang kaki ja. Haha!

Dalam dok busy ni pun, sempat lagi curi - curi tengok cerita Jepun  - 14 Sai No Haha. Best gila kot cerita ni. Apa nak jadi la Mat Nazrul Azwan ni. Dush! Dush!

p/s: Diam tu tak semestinya sombong kan? ;)







Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Friday, December 9, 2011

Aku Suka Subjek Itu

Subjek Hubungan Etnik. Terbaik punya subjek. Sebab apa aku kata terbaik? Sebab memeningkan dan memboringkan. Haha!

Aku rasa subjek ni macam okay tapi kerja kursus sangat tak boleh blah. Meletihkan. Mendukacitakan. Memillukan.

Kami dibahagi 7 group. Group aku group yang ketujuh. Ada 11 orang. 8 cewek 3 cowok. Nasib baik aku dapat group yang okay. Dapat la kami tolong menolong buat mana yang patut. Tapi seriously, aku rasa kesian pada ketua group kami. Bersusah payah dia nak setelkan assignment ni.

Time group 1 - 3 present, banyak masa dihabiskan dengan benda - benda remeh. Masalah format & teknikal. Kitorang kat belakang tersangat la suka boring tengok pensyarah asyik suruh presenter perbetul kesalahan teknikal tu.  Dah jadi macam kelas penulisan teknikal. Memang TERSANGAT SUKA kan. :p



p/s: King Sophyd! Aku buat apa yang aku cakap tadi! Berani kerana benar! Haha!


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, November 29, 2011

Satu Kehidupan


Ada waktu, kita akan rasa sangat penat. Penat dengan segala - galanya. Macam tu jugak la dengan aku. Sekarang ni aku rasa aku dah terkena virus PENAT. Sampai satu tahap aku fikir aku ni bukan robot. Aku cuma manusia biasa. Perlukan rehat. Aku bukan ROBOT! Hahaha!

Assignment bertimbun - timbun. Assignment lain aku tak kisah sangat. Aku rasa aku boleh handle. Tapi bukan assignment animation. Aku pun hairan kenapa macam tak boleh go on dengan animation. Susah hati kot. :p

Saat - saat macam ni mula teringatkan rumah. Serius, rindu gila kat family. Rindu gila nak balik rumah. Rindu gila masakan rumah. Kalau ada sayap, dah lama aku terbang balik Kedah tu. Sejak duduk Melaka ni, kadang - kadang aku rasa "battery" aku dah low. Sampai ada satu ketika dah jadi "kong". So nak recharge balik kena balik Kedah. Ada apa kat Kedah tu? Awek ka? Hahaha! Bukan - bukan. Orang macam aku memang tak sesuai nak ada awek lagi. Kat Kedah ada family. Tu yang paling penting.

Duduk Melaka ni best. Bukan tak best. Tapi ntah la. Aku rasa masih ada yang kosong. Mungkin sebab aku tak minat kos yang aku ambik. Last - last, effect pada result study aku. Sat - sat, duduk Melaka best? Aiyo! Pagi pi kelas, petang balik kelas. Malam duduk Murni study on9. Itu la kerja hari - hari. Apa benda best yang aku buat kat Melaka ni? Haha!

Apapun aku kena belajar bersyukur. Bersyukur dengan semua yang aku dapat. Kalau aku rasa susah, sebenarnya masih ramai lagi orang yang lagi susah dari aku. Itu fakta. Jadi, hadapi dengan senyuman. :)

p/s: Aku sangat tak bermotivasi nak buat assignment animation.
p/s/s: Tak sabar nak tunggu cuti 5 minggu. Aku nak rehat!!!


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, November 22, 2011

Gemuruh Malaysia!!!



Semalam pi tengok bola Malaysia lawan Indonesia dengan Sophyd, Zul, Nas, Amir Azmi & Ejat. Tengok kat "Stadium" Asri Rosmerah. Gila gempak kot! Penuh satu restoran tu. Apa yang buat aku bangga la kan, waktu lagu Negaraku tengah main, automatik semua orang kat restoran tu berdiri. Semua pakat berdiri tegak nyanyi ramai - ramai. Time tu rasa orang Malaysia sangat patriotik weh! Haha!

Takmau cakap panjang pasal game ni. Rasanya semalam memang ramai yang dok update blog, status fb / twitter pasal bola. Aku rasa, sukan ni especially bola memang boleh buat orang bersatu padu. Tak kira apa kelab bola yang dia minat, apa bangsa, apa fahaman politik, semua boleh duduk sekali sokong team Malaysia. Boleh bersorak, boleh menjerit, boleh menyanyi sama - sama. Semua semata - mata sebab nak sokong Malaysia. Kalau bab sukan, boleh nampak patriotiknya orang kita ni. Hehe. Kalau pasal lain, kita gaduh. Pasal sukan, kita bersatu. Kan best kalau semua hal kita boleh terjemahkan semangat perpaduan kita macam kita terjemahkan dalam sukan.


p/s: Ada orang tanya, awat jarang upload banyak gambar kat blog, jawapan - laju pulak wifi kat hostel murni ni kan. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, November 19, 2011

Saya Suka Media Interaktif

Tanpa usaha takkan ada kejayaan. Betul apa yang orang selalu cakap tu. Kalau cepat mengalah mana nak capai kemenangan.

Pukul 10.30 pagi semalam Saufi a.k.a. Sophyd datang bilik aku. Nak buat assignment Artifial Intelligence. Assignment berkumpulan. Kena buat expert system guna Lisp Programming. Seriously memang sangat susah.
Mula - mula tu rasa macam ok lagi. Tapi makin lama, makin tak boleh blah. Paling aku kesian kat Sophyd. Stress dia dok perbetul coding yang asyik error. Hehe.

Buat punya buat sampai pukul 12 tengah malam baru siap. Alhamdulillah. 12 jam  dok hadap laptop. Gila tak gila. Yang paling letih sekali si Sophyd la. Dia yang paling banyak hadap laptop tu. Terima kasih banyak Sophyd! Haha!

Makin hari makin stress dengan assignment yang tak berhenti. Nak lagi best Isnin nanti ada lab test subjek Computer Animation. Animation? Memang jiwa dan jasad aku tak bersatu. Macam mana la nak belasah buat Animation tu. Aiyo!!! =.=

Nak buat animation ni kena minat. Masalahnya aku tak minat langsung kot. Tiap kali bukak Maya ja terus rasa tak semangat. Tak tau la nak suntik apa lagi dah dalam badan ni nak bagi minat Animation. Padan muka hang Nazrul Azwan, haritu boleh tukar kos, hang gatai nak stay sangat ambik kos Media Interaktif. Padan muka! Dush! Dush!
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, November 7, 2011

Apa Boleh Buat, Hidup Mesti Diteruskan

Pukul 7 pagi sabtu dah selamat sampai di Sungai Petani. Naik bas pukul 10.30 malam. Perjalanan yang sungguh lama dan memenatkan. Patutnya pukul 4.30 pagi macam tu dah boleh sampai tapi disebabkan jalan sesak, faham - faham sajalah.

Seriously, rasa excited gila dapat balik SP. Rasa macam dah lama gila tak balik. Rindu kot! Cuti midsem seminggu ni rasa macam nak rehat puas - puas kat rumah. Nak tenangkan fikiran. Padahal assignment bertimbun - timbun. Haha!

Disebabkan aku tak minat dengan kos yang aku sedang ambik sekarang (Media Interaktif), kadang - kadang aku rasa macam nak buat assignment yang related dengan MI sangat malas. Ingatkan untuk degree ni boleh tukar kos, tapi rupa - rupanya dapat kos yang sama jugak. =.=

Paksa diri untuk minat tapi apa boleh buat, sampai sekarang tak sampai seru nak minat lagi. Risau jugak sebab benda ni akan effect pada result exam aku. Apa boleh buat, teruskan saja. Ada lagi 2 setengah tahun. Sabar sikit ja lagi Muhammad Nazrul Azwan. Walaupun mungkin hang  susah sikit nak compare dengan kawan - kawan sekelas yang lain, tapi TERUSKAN. Yang penting USAHA. Tiba - tiba ayat cam tak boleh blah pulak kan. Adoi! Hahaha!

p/s: Kan best kalau cuti midsem sebulan. Seminggu tu kejap sangat. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, October 31, 2011

Nak Yang Bertudung

Haritu time borak - borak dengan kawan - kawan aku, tetiba keluar topik ni  "Kalau nak pilih calon bini, nak yang bertudung ka free hair?". Soalan macam ni agak subjektif nak jawab. Tu terpulang pada taste masing - masing.

Bagi aku, aku akan pilih yang bertudung. Aku rasa perempuan yang bertudung nampak lebih ayu dari perempuan yang free hair. Sedap ja mata memandang. Haha! Tak semestinya perempuan yang free hair tu tak okay, cuma taste aku lebih kepada yang bertudung. Kalau nak cari calon bini, apa yang aku pandang perempuan yang bertudung, yang jaga akhlak, jaga aurat, jaga nama baik family. Bakal teman seumur hidup, mesti nak yang terbaik kan. :)

Dari dulu aku ingat satu ayat ni - Selangkah anak perempuan keluar rumah tanpa tutup aurat, selangkah si ayah hampir ke neraka. Kalau dah kahwin, dosa tu akan pindah pada si suami. Aku selalu terfikir, anak - anak perempuan yg tak tutup aurat ni, tak sayang kat ayah diorang ke. Tapi kalau tutup aurat hati tak ikhlas pun, takda guna jugak. Terpulang la pada diri masing - masing. Macam sorang kawan aku cakap, "Besaq, besaq dah".

Mak aku pun awai - awai lagi dah pesan dah "Abang nanti kalau nak cari bini, cari yang pakai tudung". Aku iakan saja. Kalau free hair, memang jangan harap dia nak terima buat menantu. Haha! Tok aku pun cakap benda yang sama jugak.

Ada sorang artis bertudung ni aku suka sangat tengok dia. Dari 1st time tengok sampai la sekarang. Heliza Helmi. Sejuk mata memandang tiap kali tengok dia. Hehe. Dulu - dulu masa zaman muda mudi, selalu gak terbayang, kan best kalau dapat awek macam Heliza Helmi. Dulu la, time zaman ngeng lagi. Sekarang ni dah tua dah. Dah tak terfikir benda - benda macam tu. Haha!





p/s: Apahal tiba -tiba cakap pasal calon bini ni. Belajaq pun tak habis lagi. Dah terkena sindrom gatai? :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Kuiz & Lab Test Audio

Sat lagi pukul 2 ada kuiz & labtest audio untuk subjek DAVT.
Bebudak ni semua pakat busy study. Ada yg sampai sanggup ponteng kelas. Aku? Study jugak tapi study guna laptop. ;)
Kat sini semua notes kena download dari internet. Bagi orang yang kurang kemampuan macam aku ni, nak print semua notes sangat mahal. 
Terpaksa la study guna softcopy. Pandai - pandai la nak hidup. Hehe.

Secara jujurnya, aku sangat tak minat belajar teori pasal audio. Bagi aku sangat membosankan. :p
Tak suka nak mengingat & memahami apa tu frequency, apa tu sampling, apa tu pulse code modulation, etc.
Memang jiwa dan jasad tak bersatu.




Lepas habis kuiz, terus sambung lab test. Lab test audio ni memang terbaik la.
Baru sekali belajar Adobe Soundbooth CS5, terus nak buat lab test. 
Nak lagi best, takdak pulak installer soundbooth ni. Memang tak tau apa la sangat. Haha!
Download installer semalam pun macam takdak function. Harini dah tak boleh guna. Terima kasih banyak la kan. :p
Apapun, yang penting, USAHA! Cewahhh, motivate diri sendiri. :)

p/s: subject audio video ni walaupun dah pernah belajar masa diploma, still rasa cannot go on jugak. Macam mana nk buat ni. =.=


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Perlu Rehat

Sekarang dah masuk minggu ketujuh di UTeM. Aku & kawan - kawan sekelas yang lain makin busy.
Busy dengan kuiz, lab test, assignment & mid term exam. 
Degree memang memenatkan dari diploma. Memang tak cukup rehat. Sangat letih sebenarnya.  =.=
Pagi esok ada kuiz & lab test subjek Audio Video tapi aku dengan slumbernya boleh online lagi sampai pukul 4 pagi ni. Apa nak jadi la Nazrul Azwan ni. :)


p/s: minggu ni antara minggu yg paling busy. letih yg amat. =.=

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)