Tuesday, September 25, 2012

Semester Baru

Assalamualaikum.

Sebulan tak update blog. Macam biasa, naik awal sem memang busy. Busy dengan study, busy dengan aktiviti kelab, busy dengan hal peribadi.

Pejam celik aku dah masuk tahun 3. Cepat gilaa. Tahun 3 ni baru rasa tahap kesenioran tu tinggi bila tengok adik - adik junior yang baru masuk haritu. Yang tak boleh blah, depa panggil aku 'abang'. Aigoo. =.="

Sem ni aku taklaa pack sangat keluar masuk kelas. Aku ada 14 jam kredit. Hanya ada kelas hari Isnin, Selasa & Khamis. Hari lain cuti. Heaven kot. Haha! Tapi tu pun still busy dengan segala projek & program bagai.


Ada masa nanti aku update lagi. Ni pun curi - curi update sementara nak buat kerja. Hehe. :)

p/s: Kadang - kadang rasa letih sangat sampai ada rasa nak give up sesetengah perkara. 
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, September 3, 2012

Kuey Teow Sotong D'King

Rata - rata orang Sungai Petani tau restoran ni. Restoran D'King di Padang Temusu. Dekat dengan Giant. Kat restoran ni memang ada macam - macam jenis makanan & mee udang yang sedap. Tapi dalam banyak - banyak makanan tu, aku paling suka dia punya kuey teow goreng sotong.

Kat sini kita boleh pilih sama ada nak letak sotong atau udang dalam kuey teow tu. Aku lagi suka sotong laa sebab jarang nak jumpa kan. Selalunya banyak restoran letak udang dalam kuey teow depa. 

Kuey teow ni tak dijual sepinggan dua macam tu. Kalau order, terus cakap nak buat untuk berapa orang makan. Dia akan letak dalam mangkuk besar. Yang bestnya, kalau kita cakap untuk 4 orang makan, tukang masak akan buat macam untuk 5 orang. Kalau cakap 5, akan jadi 6. Sotong yang ditaruk pulak banyak gila. Memang berbaloi la makan!




Tempat pun okay. Layan laa petang - petang kalau nak makan. Harga pun boleh tahan. Selalunya kalau yang goreng - goreng ni sampai pukul 7 petang saja. Bila dah malam, provide makanan lain pulak. Aku selalu jugak datang sini dengan family. Takpun dengan kawan - kawan. Depa semua pun dah ketagih dengan kuey teow sotong ni. :p 

Tuan punya blog pun nak interframe jugak. ;)

> Antara kuey teow yang paling berbaloi bila makan di Sungai Petani. Seriously cakap.

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)