Saturday, November 19, 2011

Saya Suka Media Interaktif

Tanpa usaha takkan ada kejayaan. Betul apa yang orang selalu cakap tu. Kalau cepat mengalah mana nak capai kemenangan.

Pukul 10.30 pagi semalam Saufi a.k.a. Sophyd datang bilik aku. Nak buat assignment Artifial Intelligence. Assignment berkumpulan. Kena buat expert system guna Lisp Programming. Seriously memang sangat susah.
Mula - mula tu rasa macam ok lagi. Tapi makin lama, makin tak boleh blah. Paling aku kesian kat Sophyd. Stress dia dok perbetul coding yang asyik error. Hehe.

Buat punya buat sampai pukul 12 tengah malam baru siap. Alhamdulillah. 12 jam  dok hadap laptop. Gila tak gila. Yang paling letih sekali si Sophyd la. Dia yang paling banyak hadap laptop tu. Terima kasih banyak Sophyd! Haha!

Makin hari makin stress dengan assignment yang tak berhenti. Nak lagi best Isnin nanti ada lab test subjek Computer Animation. Animation? Memang jiwa dan jasad aku tak bersatu. Macam mana la nak belasah buat Animation tu. Aiyo!!! =.=

Nak buat animation ni kena minat. Masalahnya aku tak minat langsung kot. Tiap kali bukak Maya ja terus rasa tak semangat. Tak tau la nak suntik apa lagi dah dalam badan ni nak bagi minat Animation. Padan muka hang Nazrul Azwan, haritu boleh tukar kos, hang gatai nak stay sangat ambik kos Media Interaktif. Padan muka! Dush! Dush!
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)