Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Lepak @ Cameron Highlands

Jalan - jalan di bulan puasa. Melepak di Cameron Highlands dengan Alip, Kimi, Am & Afif. Ad hock punya plan. Memang macam takdak kerja sangat kan. Dari Sungai Petani ke Cameron. :p


Awal - awal pagi dah bertolak dari SP. Singgah masuk Ipoh sebab nak ambik Afif, bestfriend aku kat UTeM. Sampai Cameron dalam pukul 12 macam tu. Kebetulan cuaca kat Cameron mendung. Syok kot. Sejuk. Tak rasa letih sangat walaupun puasa. Bajet macam kat oversea laa. Haha!

Yang tak boleh blah, lepak sat saja kat sini. Pukul 3 dah bertolak balik. Singgah Ipoh hantar Afif & bukak puasa kat rumah dia sekali. Lepas Maghrib, kami pun balik SP. Memang saja nak jalan - jalan kan di bulan puasa. :p


> Cuti sem tinggal lagi sebulan. Awat rasa sat sangat nih. Tak puas lagi cuti. =.=" 

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, August 6, 2012

Ramadhan Itu

Alhamdulillah. Harini dah masuk 17 Ramadhan. Pejam celik cepat betul masa. Rasanya macam baru lagi start berpuasa. Nenek aku pernah kata, 15 hari yang pertama ibarat kita daki gunung. 15 hari yang terakhir, kita turun gunung. Waktu mendaki, memang kita akan terasa letih tapi bila dah sampai ke puncak, sikit demi sikit mula hilang segala letih tu.

Tahun ni aku berpeluang sambut puasa di rumah dengan family sebab tengah cuti sem yang sangat panjang. Tahun ketiga berpuasa di rumah selepas habis diploma. Memang bersyukur sangat sebab waktu diploma dulu, dari 2007 sampai 2009, 3 tahun berturut - turut tak dapat berpuasa dengan family aku. Naik degree, alhamdulillah dapat jugak. Yela, aku paling suka berbuka dengan family. Bukan sebab makanan yang banyak tapi sebab suasana waktu berbuka tu. Dikelilingi family kita sendiri. Tak dapat nak explain macam mana perasaan tu. Hehe.

Kadang - kadang ada jugak teringat kenangan berpuasa waktu diploma dulu. Tahun 2007. 1st time berpuasa di tempat orang. 1st time berenggang dengan family waktu bulan puasa. Memang rasa lain. Nasib baik ada kawan - kawan senasib. Taklaa rasa sedih sangat. Haha. Kena berdikari sendiri. Kalau kat rumah, makanan family yang sediakan. Bila dah jadi anak perantau, nasi bujang la jawabnyaa. :p

Yang tak boleh lupa, sepanjang 3 tahun dalam bulan puasa tu, kadang - kadang aku berbuka atas bas. Selalunya kalau dari Sungai Petani nak balik ke Perak aku naik bas petang. Alamatnya memang berbuka atas bas la jawabnya time berbuka tu. Penuh satu beg mak & nenek aku bekalkan makanan buat berbuka.

 Ada jugak yang tak boleh blah. Waktu dah nak dekat raya sem 1 dulu, bukan main lagi aku & Khai buat slide story pasal housemate nak balik raya guna Power Point. Maklum laa, waktu tu baru belajar Power Point. Budak multimedia sem 1 kan. Poyo ja lebihh. Kira bajet hebat laa dapat buat animation slide guna Power Point waktu tu. Haha! 

Dan sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Kenangan di bulan Ramadhan :)

Kredit Imej : aram287

p/s: Salam Nuzul al-Quran. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, July 16, 2012

Kenangan @ Murni

Kolej Kediaman Murni UTeM. Disini segala bermula. Cemerlang mencipta gemilang. Perhhh, tetiba masuk lirik lagu UTeM pulak kan. Aigoo. :p

Dua sem aku stay kat sini. Banyak kenangan. Di sini jua memori tercipta. Masuk lirik lagu Shila Hamzah pulak. Haha! 

Okayy, sesi karaoke dah tamat. Aku taktau kenapa, tapi waktu last day kat Murni haritu, rasa macam sedih pulak. Sedih nak tinggalkan Murni. Jiwang sekejap. ;)

Memandangkan sem depan dah tak duduk Murni, rasa berat hati nak tinggalkan hostel terchenta nih. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Chewahh! :p

Di bilik Arip lah pot paling best untuk main PES & NFS dengan dia, Zeek, Aril, Afiq, etc. Disitulah pot paling best nak layan movie & Running Man. Disitu jugaklah pot paling best buat acara buli membuli, bahan membahan, etc. Jugak pot paling best makan megi & roti berjemaah. Arghh, rindunyaaa!

Kadang - kadang waktu keluar makan malam, jalan kaki ramai - ramai pi Restoran Pantai Timur yang jauhnya 1 KM lebih kot. Situ restoran feveret kitorang. Walaupun masing - masing ada transport, tapi still nak jalan kaki. Syok woo. Kadang - kadang saja laa. Hehe. Ada satu masa, tengah jalan kaki tiba - tiba dikejar orang yang tak berapa betul. Kitorang lari lintang pukang. Kelakar bila ingat balik.

Seminggu sekali, kami berkelah ramai - ramai kat dalam rumah tu. Kalau time tu ada bajet lebih, kawtim beli KFC. Makan hingga menjilat jari! Haha!

Waktu last day kat Murni haritu, seriously cakap macam sedih gilaa. Tengok sorang demi sorang balik. Aku tak balik sebab ada AK tiga minggu tapi terpaksa stay di hostel lain, Emerald. Tinggal aku forever alone kat Melaka tiga minggu. Hoho. Nasib baik ada kawan - kawan sekelas. 

Sem depan aku duduk luar dengan kawan - kawan sekelas. Dah tak duduk hostel sebab dah tahun 3. Betul laa cakap Arip, aku akan rindukan Murni. Rindukan kawan - kawan. Haritu taknak mengaku. =.="     



p/s: Walaupun 1st impression kita rasa tak best, tapi bila kita dah biasa & kemudian tinggalkan, sebenarnya baru kita rasa best kan. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, July 11, 2012

Ketagih


Aku suka membaca. Itu fakta bukan auta. Betul, serious ni tak tipu. Hehe. Kalau jumpa Popular, MPH, Borders, etc memang berjam - jam aku boleh melekat dalam tu. Belek punya belek  mana buku - buku yang best untuk dibaca. 


Kebelakangan ni aku amat ketagih dengan novel - novel fixi. Start dengan Kelabu, kemudian berjangkit dengan Kasino, Zombijaya, Dendam, & Cekik. Pantang ada masa free, memang menghadap novel - novel ni. 



Sejak terbaca Kelabu, rasa macam boleh masuk jiwa pulak novel - novel fixi ni. Storyline lain dari yang lain. Ayat pun santai - santai dowh.  Mungkin sebab tu aku minat kot. Aku berjaya habiskan novel - novel fixi ni lagi cepat dari  Men From Mars Women From Venus tu walaupun dah berkurun - kurun aku baca MFMWFV tu. Haha! 

Next target, melayan siri - siri lain pulak - Kougar, Pecah, Jerat, Ngeri, Tabu, etc. So, lets the mission begin. :)





p/s: Novel macam ni lagi best dibaca dari novel jiwang. Pendapat aku laa. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, March 11, 2012

Pedas Sampai Demam

Aku sememangnya tak boleh & tak suka makan pedas. Kalau boleh memang nak elakkan. Tabiat pemakanan aku ni pelik sikit. Kalau orang lain suka makan pedas, aku tak. Lagi satu kalau orang lain suka makan ayam gorang KFC + burger MCD dengan sos, aku suka makan tanpa sos. Bagi aku bila makan dengan sos, dah tak rasa ke'original'an makanan tu. Tu belum masuk yang lain lagi. :p

Nak jadi cerita, semalam aku makan nasi kenduri yang Zul hantar kat hostel. Ada gulai daging, masak lemak rebung & sambal ayam. Mula - mula tu memang makan banyak jugak la walaupun petang tu dah makan nasi lemak.

Tengah sedap makan, gelombang kepedasan pun bermula. Haha! Seriously sambal ayam tu sangat pedas bagi aku. Kawan  -kawan yang lain elok je makan, aku pulak yang pedas. Pedas sampai sakit kepala. Muka pun pucat. Punya la pedas kan. :p

Lepas makan pedas tu, terus rasa tak sedap badan. Pagi ni waktu bangun, terus demam. Gila tak gila, makan pedas pun boleh demam. Hehe. Demam sampai sakit seluruh badan. Nak jalan pun tak larat. Last - last Arif bawak pergi klinik ambik ubat. Dah makan ubat baru kurang sikit.

Hakikatnya, aku memang tak boleh makan pedas. Dari kecik sampai besar memang TAK SUKA. Tiap kali makan pedas, mesti rasa lain macam. Pelik kan. Patutnya orang Kedah suka makan pedas, tapi aku tak. Spesis yang unik ni. :p


p/s: Macam fobia nak makan sambal ayam lagi dah. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, February 15, 2012

Jadi Birthday Boy Balik



23 tahun 1 bulan. Walaupun lewat satu bulan, mak tetap beli kek untuk sambut birthday aku. Memandangkan 10 Januari haritu aku ada di Melaka, hanya bila balik Kedah cuti sem ni baru dapat celebrate dengan family. Sengaja tunggu 10 Februari, nak genapkan sebulan. Terima kasih banyak mak. :)

Terima kasih jugak pada bestfriend aku - Alip, Kimi, Ayen & Am sebab belanja makan kat Seoul Garden. Sorry, aku makan terlebih banyak. :p


p/s: Kenapa aku rasa 23 tahun macam sangat tua. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, February 14, 2012

Ayat Juga Boleh Gambarkan Peribadi

Aku selalu percaya ayat yang digunakan seseorang boleh menggambarkan peribadi orang tersebut. Jika gunakan ayat yang baik, maka first impression terhadap orang berkenaan selalunya baik. Begitu jugak sebaliknya. Kalau gunakan ayat yang tak elok @ kurang sopan, agaknya macam mana perangai orang tu.

Kadang - kadang aku selalu baca update status kawan - kawan di facebook, twitter, blog, etc yang menggunakan bahasa yang kurang elok. Yang suka mengutuk, mencarut, bercakap bahasa kasar, dan sama waktu dengannya. Mesti terfikir, agaknya perangai orang ni pun macam ni gak ka. Teruk. Macam tu jugak kalau tengok depan - depan. Walaupun tak kenal orang tu, tapi bila dengar dia cakap ayat kurang sopan, 1st impression terus rasa macam ..... faham - faham sendiri la. :)


Bukannya semua yang jenis suka bercakap tak sopan ni perangai pun tak elok. Ada jugak yang suka cakap macam tu tapi perangai dia okay. Mulut saja laser. Tapi kalau diri sendiri tak jaga "budi bahasa", siapa lagi nak jaga. Apa salahnya cakap bahasa yang lebih elok. Jadi orang yang matang sikit. Lagipun agama kita sendiri pun melarang umatnya mengutuk, mencaci, mencarut, etc ni. :)


p/s: Jadilah orang yang bila dikutuk, dikeji, dicaci hanya tersenyum. Itu yang membuatkan kita lebih baik dari mereka. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, February 13, 2012

Merdeka Sebulan Ke Penghujungnya

Cuti sem dah nak habis. Hari Ahad nanti pendaftaran untuk sem baru. Seriously rasa malas gila. Tak puas lagi cuti. Rasa macam baru lagi aku update entry pasal merdeka sebulan, dah nak habis pulak.

Aku akan balik ke Melaka. Berjauhan pulak dengan kawan - kawan rapat di Kedah. Cuti sem kami lebih kurang sama, masing - masing bakal masuk study balik. Tak puas lagi kot jumpa kawan - kawan baik aku, Alip, Ayen, Am dengan Kimi. Bila pulak masing - masing dapat berkumpul sekali.

Cuti sebulan ni apa yang aku buat? Makan, tidoq, makan, tidoq. Haha! Spend time dengan family, spend time dengan kawan - kawan. Duk rumah main game, takpun tengok cerita Korea. Dalam sebulan ni gak dapat injured sebab main basketball. Alhamdulillah, nasib baik tak serius sangat.

Hari  Sabtu dah nak bertolak. Barang belum start kemas lagi. Berat hati nak kemas bila dah selesa sangat kat rumah sendiri. Sebulan yang aman. Masuk study balik maknanya kembali ke alam busy + tension. Tapi tu la study kan. :)

Cuti sebulan ni rasa macam badan makin naik. Aigo. Lepas ni akan rindukan masakan mak, masakan tok. Masakan luar tak sama dengan masakan rumah. Lepas ni duk hostel makan roti la jawabnya.

Takpa, lagi setahun setengah. Lepas tu habis. Lepas tu kahwin. Pheuuuuuuuu, gatai. Haha! :p


p/s: Sejauh mana kita pergi menuntut ilmu, kita akan tetap dapat pahala kan? :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, February 12, 2012

Soalan Lagi

Curi sedikit masa buat tag dari Ija. Okay, aku dah buat ni. Tak payah dok tanya lagi dah bila nak buat. :p

Umur 13 tahun, siapa anda?
Budak baik di sekolah. Baru belajar stylo mylo. :p

Umur 20 tahun, siapa anda?
Semakin matang. Dari berat mulut makin ringan mulut. :)

Cita - cita sewaktu berumur 7 tahun?
Doktor

Siapa anda 5 tahun dari sekarang?
Lecturer? :p

Jenis orang yang cuba elakkan?
Merokok, Pengotor, Mengongkong, Kuat mengarah, Panas baran, Poyo

Perkataan yang menggembirakan anda?
Doa

Jika anda watak kartun?
Light Yagami (Death Note)

Jika anda watak superhero?
Batman

Petikan lirik lagu yang menggambarkan diri sendiri?
I'm not crazy, I'm just a little unwell (Unwell - Matchbox 20)

Buah kegemaran anda?
Tembikai, Pisang, Mangga

Artis Malaysia pertama yang menjadi pujaan anda?
Datuk Siti Nurhaliza.

Jika anda adalah jenama baju, anda adalah jenama?
Giordano

Jika anda adalah watak dalam sebuah filem anda adalah?
Rangga - Ada Apa Dengan Cinta. Cannot go. :p

Jika anda adalah sebuah lagu romantik anda adalah lagu?
True - Ryan Cabrera

Orang yang anda ingin tag?
Tiada

p/s: 2-3 harini agak busy. Cuti pun dah nak habis. =.=
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Thursday, February 9, 2012

Kawan Lama Kawan Baru

Dalam hidup ni aku dah jumpa bermacam - macam jenis kawan. Ada kawan yang boleh dibuat kawan, ada kawan yang macam nak kena jauhkan.

Dalam banyak jenis kawan, salah satu yang aku tak faham adalah kawan yang mudah lupakan kawan bila jumpa kawan baru. Mula - mula kawan tu kawan sehidup semati. Susah senang bersama. Kalau susah mintak tolong.

Tapi bila jumpa kawan baru, terus kawan lama dilupakan. Terlebih excited dengan kawan baru sampai tak terfikir mungkin kawan lama berkecil hati. Kadang - kadang mungkin tak sedar tapi dengan tindak  -tanduk yang sentiasa melebihkan kawan baru, itu sudah cukup.

Tapi mungkin kawan lama tak kisah sebab kawan yang baik sentiasa mengharapkan kawannya sentiasa happy. Sanggup berkorban demi kawan - kawan.

Oh yeap, aku bercakap ni berdasarkan pengalaman aku dan orang sekeliling aku. Lain orang lain situasi dan lain cara menyelesaikannya. Bagi aku, tak kisah sangat pun sebenarnya. Masih ramai lagi kawan - kawan lain di sekeliling kita. Paling utama, ada family yang takkan pernah tinggalkan kita waktu susah dan senang. :)


p/s: Kawan waktu susah, mungkin? :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, February 8, 2012

Operasi Mencari Buku

Sejak kerajaan bagi baucer buku, aku tengok ramai yang berpusu  -pusu pi shopping buku. Aku pulak sampai la ni tak sentuh pun lagi baucer tu. Bukannya apa, taktau nak beli buku yang mana satu. Kalau ikutkan, banyak buku yang aku nak beli, tapi bila sampai kedai buku.....................

Tengok buku bahagian IT sangat kurang. Aku taktau mungkin sebab kedai - kedai kat Sungai Petani memang tak banyak jual buku  - buku IT takpun sebab ramai orang dah pakat beli buku IT sampai tinggal last kopek. Nampak gaya macam nak kena shopping buku kat Melaka. Tu pun kalau banyak lagi buku IT kat Melaka tu. =.=

Nak beli buku lain, rasa macam malas pulak. Takkan nak beli novel kot. Aigo. Memang tak la kan. Aku rasa buat masa sekarang, aku lebih prefer beli buku - buku yang related dengan kos aku. Jeles jugak bila tengok member - member lain dapat buku apa yang diorang nak, tapi aku tak dapat - dapat lagi.



p/s: Kalau ada buku, tapi buat perhiasan takdak gunanya jugak kan. :)   


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, February 6, 2012

Mood Kahwin

Sejak 3-4 harini aku  menjadi peneman setia Kimi, salah sorang kawan baik aku yang akan bertunang hari Ahad nanti. Ya, peneman setia yang setia mengikut seorang sahabat ke mana saja dia pergi demi melihat sahabatnya gembira di hari pertunangan. Cannot go punya ayat. Haha!

Memandangkan setiap hari aku free sepanjang cuti sem sebulan ni, maka aku yang menjadi mangsa mengikut Kimi ke hulu ke hilir prepare nak beli barang hantaran. Nasib la dia laki, kalau perempuan, lagi banyak benda nak setel.

Best jugak jadi peneman dia ni. Secara tak langsung aku dapat pengalaman time nak kahwin nanti. Lalalalala. Tengok dia nak bertunang, tiba- tiba dengan aku pulak terberjangkit mood nak kahwin. Haha! Mana taknya, teman dia pi beli barang tu, beli barang ni, mood tu rasa lain macam. Yang lagi best, time pi beli banyak orang ingat aku yang nak bertunang sebenarnya. Takpala, anggap tu macam doa. :p



p/s: Macam tak percaya salah sorang kawan baik aku dah nak bertunang. Turn aku bila lagi? :p 
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, February 1, 2012

Zaman Muda



Pagi tadi dengan rajinnya kemas buku - buku sekolah yang dah berkurun ditinggalkan tu. Sebab dalam bilik aku ni terlalu banyak sangat buku, dari zaman sekolah ke zaman diploma dan sekarang ke zaman degree, aku terpaksa renovate balik rak - rak buku dalam bilik ni.

Tengok balik buku - buku sekolah, teringat zaman kegemilangan persekolahan dulu. Tiba - tiba terjumpa pulak majalah sekolah. Tengok balik gambar - gambar kelas. Terus digamit memori. Adoi, ayat.... Terkenang zaman muda mudi dulu. Rasa kelakar bila tengok gambar aku pakai baju sekolah + tie. Gelak sorang - sorang. Muka innocent lagi masa tu. Haha!

Aku dulu waktu sekolah bukanlah seorang yang banyak cakap. Dicop pendiam oleh kawan - kawan. Hanya banyak mulut dengan kawan  -kawan yang rapat dengan aku. Banyak masa dihabiskan bersama kawan  - kawan. Nak bercinta jauh sekali. Entah kenapa aku tak minat bercinta waktu sekolah.

Semakin beredar masa, semakin mematangkan aku sebenarnya. Macam tak percaya Nazrul Azwan yang dulunya masih lagi beruniform sekolah kini sudah melangkah ke alam degree. Banyak pengalaman dilalui sepanjang perjalanan yang indah ini. :)



p/s: Rindu pulak nak pakai baju sekolah. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Thursday, January 26, 2012

Cari Diri Sendiri

Kadang - kadang kita rasa kita dah jumpa apa yang kita nak dalam hidup. Tapi kadang - kadang jugak kita boleh berubah fikiran.

Aku rasa aku pun mengalami situasi yang sama. Dulu waktu sekolah aku ingat lagi, aku teringin nak jadi wartawan. Punya belajar BM & BI bersungguh - sungguh. Ingat konon nak ambik masscomm la time sambung study. Alih - alih ambik multimedia.

Dari situ aku belajar, apa yang kita nak tak semestinya kita akan capai. Aku pun mula terima yang mungkin 'takdir' aku dalam dunia multimedia. Start dari situ, aku mula minat coding. Ni semua gara - gara belajar C++ waktu diploma sem 1 dulu.

Naik degree, aku rasa cinta minat aku macam dah beralih arah sejak aku mula kenal subjek Artificial Intelligence. Sejak aku kenal apa itu AI, aku makin minat nak menelaah subjek ni.

Dan sekarang, aku sendiri tengah belajar mengenal diri sendiri. Apa sebenarnya yang aku nak capai dalam hidup ni. Bukan mudah nak jadi seorang manusia yang kita nak jadi, tapi sangat senang jadi orang yang tak nak kita jadi. :)


p/s: Kan senang kalau mencari haluan hidup semudah mencari kedai makan. :p


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, January 22, 2012

Emak

Emak. Apa yang boleh aku cakapkan pasal mak. Terlalu banyak. Sejak aku kecik, memang aku rapat dengan mak. Apa jua hal ,memang aku cari mak. Rasanya antara mak dengan abah, aku lebih suka mintak apa - apa pun dari mak. :)

Mungkin disebabkan aku anak sulung, perhatian kat aku mungkin lebih sikit. Kalau nak apa, mesti selalu dapat. Mesti mak akan belikan. Lagipun adik lelaki aku lebih rapat dengan abah, jadi aku lebih rapat dengan mak.

Mak memang bukan seorang yang garang. Dia lembut hati. Kadang - kadang kalau anak - anak buat perangai memang dia agak bising, tapi sat saja.Berbanding abah, memang mak takkan berletiaq. Hehe.

Kalau ikutkan agak terhad sebenarnya masa aku & adik beradik nak luangkan dengan mak. Mak masih lagi bekerja. Dari dulu sampai sekarang pi kerja pagi, balik kerja lewat petang. Hanya waktu malam & hujung minggu saja baru kami boleh luangkan masa dengan mak. Tapi aku faham, mak kerja pun sebab nak cari rezeki, nak tampung kehidupan kami adik beradik. Sebab tu kalau hujung minggu kadang - kadang aku suka ikut mak & abah keluar. Waktu tu pun nak spend time masa dengan diorang. Kalau dengan kawan - kawan boleh keluar selalu, takkan dengan mak abah sendiri tak boleh.

Kadang - kadang aku rasa tersentuh bila fikirkan pasal mak. Dia sayangkan anak - anak dia, tapi adakah anak - anak dia dah bagi kasih sayang yang mencukupi untuk dia. Pernah dulu waktu tahun pertama aku ambik diploma, pertama kali aku berenggang dengan keluarga, pertama kali aku berpuasa di tempat orang. Adik aku cakap yang tiap kali mak bukak puasa, mak takda selera makan sebab ingatkan aku kat Ipoh. Apa yang aku makan, macam mana keadaan aku kat sana. Tiap kali mak tengok juadah berbuka ada makanan yang aku suka makan, mak menangis. Serius, aku tersentuh.

Tahun 2012 ni umur mak pun dah separuh abad. 50 tahun. Tanpa aku sedar mak yang dulunya kuat mendukung aku waktu aku bayi, yang selalu belikan aku mainan waktu aku kanak - kanak, yang selalu bawakkan kami adik beradik ke taman permainan dah menginjak ke usia itu. Pantas masa beredar, tapi kasih sayang aku pada mak takkan pudar.

Mak, abang sayang mak. :)


p/s: Giliran entry pasal emak pulak. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, January 21, 2012

Abah

5 Januari lepas birthday abah aku. Cuma awal 5 hari dari birthday aku. Ya, dari kecik aku dah biasa panggil abah. Kalau orang lain ada yang panggil ayah, abah, papa, walid, etc. Aku lagi selesa dengan panggilan abah. Umur dia dah pun menjangkau 56 tahun. Dah lebih setengah abad.

Terus - terang, aku sebenarnya tak lah rapat dengan abah aku. Aku lebih rapat dengan mak. Mungkin sebab dalam apa - apa hal aku lagi selesa bila dengan mak.

Abah aku ni dari perpektif aku tak la garang sangat sebenarnya. Kalau ada buat salah pun, dia cuma tegur - tegur ja. Kalau dia dah tegur tu, okay kami adik - beradik stop. Tak payah nak lebih - lebih. Cuma "hobi" dia berletiaq (berleter). Haha! Selalu yang jadi mangsa, adik perempuan aku. Sebab dia nak buat apa pun, mesti lambat. Mau tak kena berletiaq dengan abah. :p

Mana ada ayah yang tak sayangkan anak - anak kan. Aku rasa abah pun sama. Tapi mungkin dia tak tunjukkan kasih - sayang tu depan - depan, tak macam mak. Sama macam aku. Aku rasa aku sangat jarang tunjukkan kasih - sayang aku kat abah. Rasa macam mana ntah. Tapi tu tak bermakna aku tak sayang abah. Dalam konteks aku, complicated sebenarnya hubungan ayah - anak ni. Hehe

Aku teringat cerita seorang lecturer aku. Dia cakap masa kecik sampai besar dia sangat takut dengan ayah dia. Tak pernah rapat. Tapi bila ayah dia dah tua & uzur, dia yang tolong jagakan. Tolong suapkan makanan, tolong mandikan. Waktu tu baru dia betul rasa rapat dengan ayah dia. Kalau boleh aku tak nak jadi macam tu. Bila dah tua baru ekspresi kasih sayang tu timbul.

Abah, abang sayang abah. :)



p/s: Tiba - tiba teringin nak tulis entry pasal abah. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Friday, January 20, 2012

Drama Korea Feveret

Selalu kalau ada masa, aku rajin tengok cerita Korea. Cerita Korea ni dah jadi macam 'terapi' aku untuk release tension. Lain orang lain cara kan. :p

Drama Korea pertama yang aku tengok, Winter Sonata. Zaman tu ramai orang demam WS. Aku pun tumpang tengok jugak sebab family aku tengok tapi aku tak minat sangat cerita tu. Lepas WS, layan jugak la Autumn In My Heart, All About Eve, Successful Story of Bright Girl, & My Love Pattzi. Lepas tu stop.

Sampai la tahun 2008. Aku tengok drama My Girl setelah di'suggest' oleh roomate aku waktu tu, Khairil Azreen. Cuti semester  3 bulan, aku pun mula layan. My Girl la cerita korea pertama yang aku betul - betul minat. Sangat best. Banyak kali aku ulang tengok cerita tu sampai sekarang. Aku masih ingat lagi betapa coolnya watak Gong Chan, ingat lagi betapa sempoinya watak Yoo Rin.


My Girl

Sejak pada tu, aku mula tengok drama Korea yang lain. Habis My Girl, aku layan Full House. Cerita ni pun best gila. Banyak kali aku tengok. Mak aku pun minat sama. Lepas tu layan cerita - cerita lain pulak macam My Lovely Sam Soon, The Princess Hours, Couple Or Trouble, Yuhee The Witch, etc.


Full House

Hujung Tahun 2009, ketagih drama Korea jadi balik lepas tengok drama You're Beautiful. Fulamak, best la cerita ni. Go Mi Nam. Comel kot watak tu. Aku lagi suka Mi Nam dengan Shin Woo. Sorry. :p
Tahun 2010, My Girlfriend Is A Gumiho. Drama ni pun antara feveret aku. Seriously aku fall in love dengan watak Mi Ho yang sangat cute + manja tu. ;)


You're Beautiful



My Girlfriend Is A Gumiho


Tahun lepas, ada 2 drama Korea yang aku betul - betul minat. Awal tahun, drama Dream High. Aku lagi minat tengok love story Jason & Pil Suk sebenarnya berbanding dengan love story hero & heroin. Love story diorang lagi best kot.
Hujung tahun, addict dengan Heartstrings. Lee Shin sangat cool. Aku suka storyline cerita ni. Ada gak sesetengah part macam relate dengan aku kot. :p

Dream High



Heartstrings


City Hunter, Lie To Me, Scent Of Women, Poseidon, etc. pun macam okay jugak. Sekarang ni, aku tengah layan drama baru Wild Romance. Macam best. Cuti sebulan ni aku nak layan balik drama Korea puas - puas. Terapi minda setelah beberapa bulan tension di UTeM. :p

p/s: Cerita Korea ada magnet yang boleh buat aku melekat tengok berjam - jam. Lagi - lagi tengok heroin yang comel - comel. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, January 17, 2012

Merdeka Sebulan

Hari ini, 17 Januari 2012 aku mengisytiharkan kemerdekaan aku untuk sebulan. Oyea! :)

Tepat pukul 11 pagi tadi, habis last paper untuk final exam semester ni. Web Application Development. Rasa ringan dada setelah menanggung beban sekian lama! Haha! Tapi bila fikir pasal pointer, jadi risau pulak. Rasa macam teruk ja. =.=

Harini punya la happy sampai taktau nak cakap apa. Yala, sebelum ni dok tengok budak - budak lain sorang demi sorang balik. Esok turn aku pulak. Barang pun dah start kemas. :)

Sem ni agak mencabar jugak la. Aku ambik tujuh subjek. Sepatutnya ikut jadual enam saja. Tapi disebabkan beberapa faktor, maka aku, Sophyd (manager aku), Muiz & Taufiq dengan terpaksa sukarelanya menambah subjek tahun tiga iaitu Web Application Development. Okay, aku mengaku salah satu sebab aku nak cuti tiga bulan dan taknak habiskan 3 bulan tu dengan buat bengkel 1. Panjang ceritanya. Abaikan.

Banyak kot kenangan buat assignment / projek sem ni yang aku tak boleh nak lupa. Antara yang paling aku ingat assignment Hubungan Etnik. Yang pasal akulturasi tu. Rujuk entry lepas. Kami satu kumpulan ramai - ramai pi cari maklumat kat Kampung Chetti & Jonker Walk. Tension kot buat assignment ni. Sampai hari present pun, tak siap lagi. Nasib baik sempat jugak siap beberapa minit sebelum present. Fikir balik, best kot. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Ainina, Amanina, Zati, Shieda, Safiah, Julie, Kek, Sophyd, Asyraf. Terima kasih banyak. Korang memang terbaik. :)



Assignment subjek Computer Animation pun boleh tahan jugak. Pasal buat modelling & animation pasu bunga & model diri sendiri. Terus terang, aku paling tak suka guna Maya. Seksa jiwa raga. Nasib baik dapat siapkan hasil bantuan kawan - kawan. Sekali lagi, terima kasih. :)

Projek video "Rebut" tu pun best. Ramai - ramai pi shooting kat Taman Seribu Bunga. Dapat pengalaman berlakon. Rasa macam artis la pulak kan! Haha! Tapi sayang time proses edit aku ada hal kat Kedah beberapa hari. Agak ketinggalan sikit. Sophyd, Zul, Azmi, Nas, Ame. Lain kali kita shoot video "Badai Rindu" pulak okay. :p


p/s: Jap tadi manager aku King Sophyd dah balik KL. Mana aci. Aku pun nak balik Kedah gak harini. Sob sob sob :'(
p/s/s: Rasa macam baru masuk sem ni. Harini dah habis. Cepat betul masa berlalu. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, January 14, 2012

Bilik Oh Balik

Lagi 4 hari dah nak balik Kedah. Tak sabar kot. Rasa macam dah lama gila tak balik. Padahal tak sampai sebulan pun lagi aku balik haritu. Maknanya aku akan tinggalkan asrama Murni yang sangat tak best ni. Orang lain ada yang dah balik. Aku pulak ada lagi 2 paper. Selasa baru habis. Sedih. =.=

Duduk Murni kadang - kadang rasa macam okay, kadang - kadang faham - faham sendiri la. Nasib baik aku dapat aras 2. Tak la tinggi sangat.

Selalunya kat Murni aku berkampung kat dalam bilik aku. Rasa lagi selesa duk bilik sendiri. Lagipun bilik ni dah macam markas dah. Tempat berkumpul kawan - kawan sekelas. Pot baik punya. Haha! Kalau aku pi bilik orang lain pun, bilik Sophyd, Khairil, Afiq takpun Fahmi.

Masa mula - mula masuk bilik ni dulu, rasa macam, adoi. Keciknya bilik. Sempit. Rasa tak puas hati jugak la. Meja study pun kat ruang tamu. Last - last aku bawak jugak masuk meja study dalam bilik. Senang sikit nak buat kerja. Kompaun tak kompaun tu belakang cerita. Nasib baik tak kena kompaun. :p

Aku cukup tak boleh hidup dalam bilik yang bersepah - sepah. Bilik aku kat Kedah pun sama. Rasa rimas bila tengok. Tapi bila duduk asrama ni, tak boleh nak kata apa la. Bilik kecik, barang banyak. Nak buat macam mana. Kena berusaha semaksima mungkin tak bagi bersepah.

Nanti masuk sem baru, mungkin dapat bilik lain. Rasanya aku akan rindukan bilik yang indah ni. Poyo la pulak! Haha! Bilikku, syurgaku. :)



p/s: Barang belum start kemas lagi. Bila ntah nak kemas. 

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, January 11, 2012

Ulang Tahun Kelahiran

Selamat tinggal 22 tahun. Selamat datang 23 tahun. Pejam celik aku dah pun tambah satu lagi angka dalam umur aku. Rasa macam baru semalam aku sambut birthday yang ke 22.

Fasa 22 tahun aku lalui dengan penuh onak ranjau. Tudiaaaaa ayat. Antara yang paling bermakna bagi aku bila aku dapat sambung belajar pada 4 September tahun lepas. Ya, hasrat nak sambung belajar tercapai jugak akhirnya. Alhamdulillah.

Dan harini aku dah pun berumur 23 tahun. Masih tak percaya. Masih teringat bagaimana waktu zaman SPM dulu, aku terbayang macam mana keadaan aku waktu menginjak 23 tahun. Hari ni, aku melaluinya sebagai seorang yang berguna la jugak. :p

Setiap daripada kita mesti akan ada orang pertama yang kita harap untuk menjadi orang terawal wish birthday pada kita. Orang yang aku harapkan adalah mak aku. Ya, aku memang harap sangat mak aku akan wish seawal yang boleh. Harapan aku jadi kenyataan. Awal - awal lagi dia telefon aku wish. Sedih jugak tak dapat balik sambut birthday dengan family. Tapi takpa la, minggu depan dah boleh balik Kedah! Sabar Mat Nazrul Azwan! :)

Umur 23 tahun ni aku harap aku jadi insan yang lebih baik & semakin matang lagi. Yela, macam ramai orang yang wish cakap, dah tua. So aku kena la buat cara orang tua! Haha!

p/s: Malam ni rasa tak tenteram. King Sophyd, terima kasih dengar sikit luahan jiwang aku tadi. Sebab tu ko kalah main PES kot. :p




Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)