Mungkin disebabkan aku anak sulung, perhatian kat aku mungkin lebih sikit. Kalau nak apa, mesti selalu dapat. Mesti mak akan belikan. Lagipun adik lelaki aku lebih rapat dengan abah, jadi aku lebih rapat dengan mak.
Mak memang bukan seorang yang garang. Dia lembut hati. Kadang - kadang kalau anak - anak buat perangai memang dia agak bising, tapi sat saja.Berbanding abah, memang mak takkan berletiaq. Hehe.
Kalau ikutkan agak terhad sebenarnya masa aku & adik beradik nak luangkan dengan mak. Mak masih lagi bekerja. Dari dulu sampai sekarang pi kerja pagi, balik kerja lewat petang. Hanya waktu malam & hujung minggu saja baru kami boleh luangkan masa dengan mak. Tapi aku faham, mak kerja pun sebab nak cari rezeki, nak tampung kehidupan kami adik beradik. Sebab tu kalau hujung minggu kadang - kadang aku suka ikut mak & abah keluar. Waktu tu pun nak spend time masa dengan diorang. Kalau dengan kawan - kawan boleh keluar selalu, takkan dengan mak abah sendiri tak boleh.
Kadang - kadang aku rasa tersentuh bila fikirkan pasal mak. Dia sayangkan anak - anak dia, tapi adakah anak - anak dia dah bagi kasih sayang yang mencukupi untuk dia. Pernah dulu waktu tahun pertama aku ambik diploma, pertama kali aku berenggang dengan keluarga, pertama kali aku berpuasa di tempat orang. Adik aku cakap yang tiap kali mak bukak puasa, mak takda selera makan sebab ingatkan aku kat Ipoh. Apa yang aku makan, macam mana keadaan aku kat sana. Tiap kali mak tengok juadah berbuka ada makanan yang aku suka makan, mak menangis. Serius, aku tersentuh.
Tahun 2012 ni umur mak pun dah separuh abad. 50 tahun. Tanpa aku sedar mak yang dulunya kuat mendukung aku waktu aku bayi, yang selalu belikan aku mainan waktu aku kanak - kanak, yang selalu bawakkan kami adik beradik ke taman permainan dah menginjak ke usia itu. Pantas masa beredar, tapi kasih sayang aku pada mak takkan pudar.
Mak, abang sayang mak. :)
p/s: Giliran entry pasal emak pulak. :)