Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Saya Sayang Malaysia


Bila orang hina negara kita, pijak bendera kita, kita marah. Dengan semangatnya kita mengutuk macam - macam pada orang yang menghina Malaysia. Tapi adakah setiap tahun bila datang tarikh bersejarah buat Malaysia, kita tunjukkan rasa bangga kita menjadi anak Malaysia?

Bila negara masuk acara sukan, dengan semangatnya kita menyokong pasukan negara kita. Kita laungkan Malaysia Boleh sebagai tanda sokongan. Tak kira bangsa @ agama, sama  - sama menyokong pasukan kebangsaan. Tapi bila dah habis sukan, adakah sokongan kita terhenti macam tu saja? 

Tu antara situasi yang selalu terjadi dalam masyarakat Malaysia. Bermusim. Musim menyokong negara Malaysia. Kita selalu laungkan yang kita sayangkan Malaysia tapi kenapa rata - rata masyarakat Malaysia jarang tunjukkan rasa sayang tu tiap kali negara merdeka?

Kita terlalu selesa & ikut perasaan sampai kita lupa yang sebenarnya keselesaan tu boleh ditarik pada bila - bila masa saja. Mungkin nanti sampai satu waktu, bila negara dah dijajah, jadi kacau bilau, kita hidup merempat baru kita menyesal. Ingat apa yang nenek moyang kita buat dulu untuk merdekakan negara kita ni.  Berbaloi tak pengorbanan diorang?

Tak salah nak tunjukkan rasa sayang kita pada Malaysia kan?


Kredit Imej  : kissman966.deviantart.com

 Kredit Imej : rebecca13.deviantart.com

Terima Kasih Malaysia

Saya Sayang Malaysia

Selamat Hari Merdeka yang ke 55 :))



Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, August 15, 2012

Obstetrics And Gynecology Doctors

Sejak 3-4 hari lepas, terlayan cerita ni. Obstetrics and Gynecology Doctors. Drama Korea pasal kes - kes pregnant women & baby. Drama ni tak salah aku tahun 2010 tapi tahun ni baru aku boleh terlayan. :p


Seriously cerita ni memang sangat best. Selama ni aku biasa dengar kalau perempuan pregnant, sampai masa terus bersalin. Tak pernah fikir apa yang boleh jadi semasa proses tu. Banyak jenis penyakit yang boleh jadi. Even aku yang laki ni pun bila tengok part kena buat operation bila dah nak bersalin, rasa ngeri. Tunjuk depan  -depan kot. Haha!




Ada kes si ibu meninggal. Ada yang ibu berkorban sebab nak lahirkan anak. Ada baby yang bila lahir ada down syndrome. Ada baby yang cacat. Tengok cerita ni buat aku bersyukur yang aku lahir ke dunia ni dalam keadaan sempurna. Buat aku terfikir tentang emak. Macam mana susahnya dia nak lahirkan aku & adik - adik dulu.



Seorang ibu sanggup gadaikan nyawa dia waktu bersalin sebab nak lihat anak dia hidup di dunia ni. Betapa sakit yang ditanggung pun dia teruskan jugak. Kalau dia hanya pentingkan diri, dia takkan sanggup buat semua tu. Sebab tu mak mana yang tak sayang anak kan. Mesti wujud perasaan sayang tu pada anak dia. Cuma mungkin kita yang kadang - kadang sengaja atau tidak layan dia seperti tak sepatutnya.

Drama ni dah jadi antara drama Korea feveret aku sekarang. Haritu kebetulan aku copy dari hardisk member aku. Bila tengok, terus jadi minat. Sekali sekala ubah selera tengok drama macam ni best kot. :)


> Tengok drama ni tetiba rasa kerja doktor sangat cool la pulak. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, August 12, 2012

Thumbs Up Buat Iklan Raya Ini

Antara iklan raya kegemaran aku tahun ni.

Iklan raya Bernas. Aku yakin, ramai yang dah pernah tengok iklan ni pasti tersentuh hati. Mula - mula aku tengok di TV. 1st time tengok terus rasa terfeeling - feeling. :p

Tengok pulak di YouTube. Kali ni versi full story. Memang feeling habis lahh. Ahmad jadi mata Fizi. Fizi jadi mulut Ahmad.



Kita semua excited nak sambut raya. Macam - macam yang kita prepare. Tapi sebenarnya kadang -kadang kita tak tefikir tentang orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita.

Insan - insan istimewa ni kadang - kadang jauh lebih tabah dari kita sendiri. Tapi yang sedihnya ada sesetengah dari kita yang bagi layanan "1st class" pada diorang. Sedih kot tengok masa diorang kat stesen bas & stesen keretapi tu. Lepas tu sanggup naik belakang lori sebab nak balik kampung then kena halau pulak tu.

Diorang sanggup balik kampung sebab nak melawat family, tapi ada sesetengah dari kita pulak yang sanggup abaikan family bila hari raya semata - mata nak kejar nikmat raya untuk diri kita sendiri.

Thumbs up & tahniah pada Bernas, Production, & Director (Hafiz Ibrahim) sebab berjaya hasilkan iklan raya yang best nih.

Iklan raya Petronas ni pun best. Kalau kat TV sat ja tunjuk. Tengok di YouTube baru lebih menghayati iklan nih. Haha!

 

Bila kita sendirian di tempat orang, baru kita belajar menghargai apa yang ada disekeliling kita & apa yang pernah kita kecapi. Dulu mungkin bila kita dah terlalu selesa di comfort zone, kita lupa yang mungkin tu hanya sementara.

Kita bertuah sebenarnya duduk di Malaysia ni. Ada sesetengah negara yang rakyatnya kebuluran. Ada yang tak dapat pendidikan sebab terlalu daif. Ada yang selalu ditindas. Kita disini hidup aman damai tapi still tak mahu bersyukur. Masih tak menghargai apa yang kita ada.

Mungkin bila dah hilang kesenangan tu baru kita menghargai apa itu makna bersyukur.

Thumbs up & tahniah jugak buat Petronas & production team. :)

> Kenapa aku rasa kita makin kekurangan iklan raya yang best setiap tahun?
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, March 25, 2012

Gambar Dedah Aurat Di Post Menutup Aurat

Acapkali aku tengok post berunsur Islamik di FB & Blog tentang aurat wanita. Memang tak salah nak berkongsi. Benda baik kan. Memang patut dikongsi dengan orang lain. Secara tak langsung kita yang baca pun akan dapat pengajaran. Betapa pentingnya menjaga aurat kita.
 
Yang memusykilkan aku, kadang - kadang ada antara post tu letak gambar wanita yang berbaju ketat, bertudung tidak menutupi dada, etc sebagai contoh. Jadi secara automatiknya, kita yang bukak nak baca pun akan tertengok gambar - gambar macam tu. Adoi, kita pun akan dapat dosa? Aku kurang pasti pasal ni tapi aku rasa mungkin ada cara lain lagi selain letak gambar - gambar "straight to the point" macam tu untuk dibuat contoh. 


p/s: Kalau kita tak tutup aurat kita, ibaratnya kita dengan sengaja memperagakan & riak apa yang kita ada kan. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, February 14, 2012

Ayat Juga Boleh Gambarkan Peribadi

Aku selalu percaya ayat yang digunakan seseorang boleh menggambarkan peribadi orang tersebut. Jika gunakan ayat yang baik, maka first impression terhadap orang berkenaan selalunya baik. Begitu jugak sebaliknya. Kalau gunakan ayat yang tak elok @ kurang sopan, agaknya macam mana perangai orang tu.

Kadang - kadang aku selalu baca update status kawan - kawan di facebook, twitter, blog, etc yang menggunakan bahasa yang kurang elok. Yang suka mengutuk, mencarut, bercakap bahasa kasar, dan sama waktu dengannya. Mesti terfikir, agaknya perangai orang ni pun macam ni gak ka. Teruk. Macam tu jugak kalau tengok depan - depan. Walaupun tak kenal orang tu, tapi bila dengar dia cakap ayat kurang sopan, 1st impression terus rasa macam ..... faham - faham sendiri la. :)


Bukannya semua yang jenis suka bercakap tak sopan ni perangai pun tak elok. Ada jugak yang suka cakap macam tu tapi perangai dia okay. Mulut saja laser. Tapi kalau diri sendiri tak jaga "budi bahasa", siapa lagi nak jaga. Apa salahnya cakap bahasa yang lebih elok. Jadi orang yang matang sikit. Lagipun agama kita sendiri pun melarang umatnya mengutuk, mencaci, mencarut, etc ni. :)


p/s: Jadilah orang yang bila dikutuk, dikeji, dicaci hanya tersenyum. Itu yang membuatkan kita lebih baik dari mereka. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)