Wednesday, August 15, 2012

Obstetrics And Gynecology Doctors

Sejak 3-4 hari lepas, terlayan cerita ni. Obstetrics and Gynecology Doctors. Drama Korea pasal kes - kes pregnant women & baby. Drama ni tak salah aku tahun 2010 tapi tahun ni baru aku boleh terlayan. :p


Seriously cerita ni memang sangat best. Selama ni aku biasa dengar kalau perempuan pregnant, sampai masa terus bersalin. Tak pernah fikir apa yang boleh jadi semasa proses tu. Banyak jenis penyakit yang boleh jadi. Even aku yang laki ni pun bila tengok part kena buat operation bila dah nak bersalin, rasa ngeri. Tunjuk depan  -depan kot. Haha!




Ada kes si ibu meninggal. Ada yang ibu berkorban sebab nak lahirkan anak. Ada baby yang bila lahir ada down syndrome. Ada baby yang cacat. Tengok cerita ni buat aku bersyukur yang aku lahir ke dunia ni dalam keadaan sempurna. Buat aku terfikir tentang emak. Macam mana susahnya dia nak lahirkan aku & adik - adik dulu.



Seorang ibu sanggup gadaikan nyawa dia waktu bersalin sebab nak lihat anak dia hidup di dunia ni. Betapa sakit yang ditanggung pun dia teruskan jugak. Kalau dia hanya pentingkan diri, dia takkan sanggup buat semua tu. Sebab tu mak mana yang tak sayang anak kan. Mesti wujud perasaan sayang tu pada anak dia. Cuma mungkin kita yang kadang - kadang sengaja atau tidak layan dia seperti tak sepatutnya.

Drama ni dah jadi antara drama Korea feveret aku sekarang. Haritu kebetulan aku copy dari hardisk member aku. Bila tengok, terus jadi minat. Sekali sekala ubah selera tengok drama macam ni best kot. :)


> Tengok drama ni tetiba rasa kerja doktor sangat cool la pulak. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)