Sunday, August 12, 2012

Thumbs Up Buat Iklan Raya Ini

Antara iklan raya kegemaran aku tahun ni.

Iklan raya Bernas. Aku yakin, ramai yang dah pernah tengok iklan ni pasti tersentuh hati. Mula - mula aku tengok di TV. 1st time tengok terus rasa terfeeling - feeling. :p

Tengok pulak di YouTube. Kali ni versi full story. Memang feeling habis lahh. Ahmad jadi mata Fizi. Fizi jadi mulut Ahmad.



Kita semua excited nak sambut raya. Macam - macam yang kita prepare. Tapi sebenarnya kadang -kadang kita tak tefikir tentang orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita.

Insan - insan istimewa ni kadang - kadang jauh lebih tabah dari kita sendiri. Tapi yang sedihnya ada sesetengah dari kita yang bagi layanan "1st class" pada diorang. Sedih kot tengok masa diorang kat stesen bas & stesen keretapi tu. Lepas tu sanggup naik belakang lori sebab nak balik kampung then kena halau pulak tu.

Diorang sanggup balik kampung sebab nak melawat family, tapi ada sesetengah dari kita pulak yang sanggup abaikan family bila hari raya semata - mata nak kejar nikmat raya untuk diri kita sendiri.

Thumbs up & tahniah pada Bernas, Production, & Director (Hafiz Ibrahim) sebab berjaya hasilkan iklan raya yang best nih.

Iklan raya Petronas ni pun best. Kalau kat TV sat ja tunjuk. Tengok di YouTube baru lebih menghayati iklan nih. Haha!

 

Bila kita sendirian di tempat orang, baru kita belajar menghargai apa yang ada disekeliling kita & apa yang pernah kita kecapi. Dulu mungkin bila kita dah terlalu selesa di comfort zone, kita lupa yang mungkin tu hanya sementara.

Kita bertuah sebenarnya duduk di Malaysia ni. Ada sesetengah negara yang rakyatnya kebuluran. Ada yang tak dapat pendidikan sebab terlalu daif. Ada yang selalu ditindas. Kita disini hidup aman damai tapi still tak mahu bersyukur. Masih tak menghargai apa yang kita ada.

Mungkin bila dah hilang kesenangan tu baru kita menghargai apa itu makna bersyukur.

Thumbs up & tahniah jugak buat Petronas & production team. :)

> Kenapa aku rasa kita makin kekurangan iklan raya yang best setiap tahun?
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)