Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Ramadhan Itu

Alhamdulillah. Harini dah masuk 17 Ramadhan. Pejam celik cepat betul masa. Rasanya macam baru lagi start berpuasa. Nenek aku pernah kata, 15 hari yang pertama ibarat kita daki gunung. 15 hari yang terakhir, kita turun gunung. Waktu mendaki, memang kita akan terasa letih tapi bila dah sampai ke puncak, sikit demi sikit mula hilang segala letih tu.

Tahun ni aku berpeluang sambut puasa di rumah dengan family sebab tengah cuti sem yang sangat panjang. Tahun ketiga berpuasa di rumah selepas habis diploma. Memang bersyukur sangat sebab waktu diploma dulu, dari 2007 sampai 2009, 3 tahun berturut - turut tak dapat berpuasa dengan family aku. Naik degree, alhamdulillah dapat jugak. Yela, aku paling suka berbuka dengan family. Bukan sebab makanan yang banyak tapi sebab suasana waktu berbuka tu. Dikelilingi family kita sendiri. Tak dapat nak explain macam mana perasaan tu. Hehe.

Kadang - kadang ada jugak teringat kenangan berpuasa waktu diploma dulu. Tahun 2007. 1st time berpuasa di tempat orang. 1st time berenggang dengan family waktu bulan puasa. Memang rasa lain. Nasib baik ada kawan - kawan senasib. Taklaa rasa sedih sangat. Haha. Kena berdikari sendiri. Kalau kat rumah, makanan family yang sediakan. Bila dah jadi anak perantau, nasi bujang la jawabnyaa. :p

Yang tak boleh lupa, sepanjang 3 tahun dalam bulan puasa tu, kadang - kadang aku berbuka atas bas. Selalunya kalau dari Sungai Petani nak balik ke Perak aku naik bas petang. Alamatnya memang berbuka atas bas la jawabnya time berbuka tu. Penuh satu beg mak & nenek aku bekalkan makanan buat berbuka.

 Ada jugak yang tak boleh blah. Waktu dah nak dekat raya sem 1 dulu, bukan main lagi aku & Khai buat slide story pasal housemate nak balik raya guna Power Point. Maklum laa, waktu tu baru belajar Power Point. Budak multimedia sem 1 kan. Poyo ja lebihh. Kira bajet hebat laa dapat buat animation slide guna Power Point waktu tu. Haha! 

Dan sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Kenangan di bulan Ramadhan :)

Kredit Imej : aram287

p/s: Salam Nuzul al-Quran. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, February 15, 2012

Jadi Birthday Boy Balik



23 tahun 1 bulan. Walaupun lewat satu bulan, mak tetap beli kek untuk sambut birthday aku. Memandangkan 10 Januari haritu aku ada di Melaka, hanya bila balik Kedah cuti sem ni baru dapat celebrate dengan family. Sengaja tunggu 10 Februari, nak genapkan sebulan. Terima kasih banyak mak. :)

Terima kasih jugak pada bestfriend aku - Alip, Kimi, Ayen & Am sebab belanja makan kat Seoul Garden. Sorry, aku makan terlebih banyak. :p


p/s: Kenapa aku rasa 23 tahun macam sangat tua. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, January 22, 2012

Emak

Emak. Apa yang boleh aku cakapkan pasal mak. Terlalu banyak. Sejak aku kecik, memang aku rapat dengan mak. Apa jua hal ,memang aku cari mak. Rasanya antara mak dengan abah, aku lebih suka mintak apa - apa pun dari mak. :)

Mungkin disebabkan aku anak sulung, perhatian kat aku mungkin lebih sikit. Kalau nak apa, mesti selalu dapat. Mesti mak akan belikan. Lagipun adik lelaki aku lebih rapat dengan abah, jadi aku lebih rapat dengan mak.

Mak memang bukan seorang yang garang. Dia lembut hati. Kadang - kadang kalau anak - anak buat perangai memang dia agak bising, tapi sat saja.Berbanding abah, memang mak takkan berletiaq. Hehe.

Kalau ikutkan agak terhad sebenarnya masa aku & adik beradik nak luangkan dengan mak. Mak masih lagi bekerja. Dari dulu sampai sekarang pi kerja pagi, balik kerja lewat petang. Hanya waktu malam & hujung minggu saja baru kami boleh luangkan masa dengan mak. Tapi aku faham, mak kerja pun sebab nak cari rezeki, nak tampung kehidupan kami adik beradik. Sebab tu kalau hujung minggu kadang - kadang aku suka ikut mak & abah keluar. Waktu tu pun nak spend time masa dengan diorang. Kalau dengan kawan - kawan boleh keluar selalu, takkan dengan mak abah sendiri tak boleh.

Kadang - kadang aku rasa tersentuh bila fikirkan pasal mak. Dia sayangkan anak - anak dia, tapi adakah anak - anak dia dah bagi kasih sayang yang mencukupi untuk dia. Pernah dulu waktu tahun pertama aku ambik diploma, pertama kali aku berenggang dengan keluarga, pertama kali aku berpuasa di tempat orang. Adik aku cakap yang tiap kali mak bukak puasa, mak takda selera makan sebab ingatkan aku kat Ipoh. Apa yang aku makan, macam mana keadaan aku kat sana. Tiap kali mak tengok juadah berbuka ada makanan yang aku suka makan, mak menangis. Serius, aku tersentuh.

Tahun 2012 ni umur mak pun dah separuh abad. 50 tahun. Tanpa aku sedar mak yang dulunya kuat mendukung aku waktu aku bayi, yang selalu belikan aku mainan waktu aku kanak - kanak, yang selalu bawakkan kami adik beradik ke taman permainan dah menginjak ke usia itu. Pantas masa beredar, tapi kasih sayang aku pada mak takkan pudar.

Mak, abang sayang mak. :)


p/s: Giliran entry pasal emak pulak. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, January 21, 2012

Abah

5 Januari lepas birthday abah aku. Cuma awal 5 hari dari birthday aku. Ya, dari kecik aku dah biasa panggil abah. Kalau orang lain ada yang panggil ayah, abah, papa, walid, etc. Aku lagi selesa dengan panggilan abah. Umur dia dah pun menjangkau 56 tahun. Dah lebih setengah abad.

Terus - terang, aku sebenarnya tak lah rapat dengan abah aku. Aku lebih rapat dengan mak. Mungkin sebab dalam apa - apa hal aku lagi selesa bila dengan mak.

Abah aku ni dari perpektif aku tak la garang sangat sebenarnya. Kalau ada buat salah pun, dia cuma tegur - tegur ja. Kalau dia dah tegur tu, okay kami adik - beradik stop. Tak payah nak lebih - lebih. Cuma "hobi" dia berletiaq (berleter). Haha! Selalu yang jadi mangsa, adik perempuan aku. Sebab dia nak buat apa pun, mesti lambat. Mau tak kena berletiaq dengan abah. :p

Mana ada ayah yang tak sayangkan anak - anak kan. Aku rasa abah pun sama. Tapi mungkin dia tak tunjukkan kasih - sayang tu depan - depan, tak macam mak. Sama macam aku. Aku rasa aku sangat jarang tunjukkan kasih - sayang aku kat abah. Rasa macam mana ntah. Tapi tu tak bermakna aku tak sayang abah. Dalam konteks aku, complicated sebenarnya hubungan ayah - anak ni. Hehe

Aku teringat cerita seorang lecturer aku. Dia cakap masa kecik sampai besar dia sangat takut dengan ayah dia. Tak pernah rapat. Tapi bila ayah dia dah tua & uzur, dia yang tolong jagakan. Tolong suapkan makanan, tolong mandikan. Waktu tu baru dia betul rasa rapat dengan ayah dia. Kalau boleh aku tak nak jadi macam tu. Bila dah tua baru ekspresi kasih sayang tu timbul.

Abah, abang sayang abah. :)



p/s: Tiba - tiba teringin nak tulis entry pasal abah. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)