Thursday, October 4, 2012

Antara Green Lung & Conteng

Masuk minggu ke 4 study. Makin busy. Kadang - kadang rasa penat gilaa. Ada hari kalau betul - betul busy, terkejar sana terkejar sini. Tapi kalau ada hari free, memang free sungguh.

Dalam banyak  - banyak hal, sekarang fokus aku pada dua aktiviti.

Karnival Green Lung Melaka 2012

Tarikh karnival ni 20 Oktober 2012. Kat MITC. Karnival ni melibatkan 11 IPT seluruh Melaka. Karnival tentang kesihatan dan bahaya merokok. Akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Bagi pihak UTeM sendiri, kami dapat beberapa slot untuk aktiviti dan jugak publisiti.

Aku dilantik jadi Ketua AJK Multimedia bagi program ni. Maknanya aku kena handle design Banner, Bunting, Backdrop, Name Tag, Sticker, etc. Aku dibantu AJK bawah aku merangkap budak kelas aku iaitu Atikah, Aen, Qma & Fiza. Pening jugak laa nak handle pasal ni. Sebab? Biarlah dirahsiakan. Haha!



Bengkel 2

Semua budak FTMK yang dah masuk tahun 3, diwajibkan amek Bengkel 2. Bagi budak kos BITM, kami kena buat satu short film + 2D / 3D. 4 orang satu kumpulan. Aku, Amin, Muiz & Aen. Hujung sem ni akan ada pameran di mana judge akan datang bagi markah.

Nama kumpulan aku, FuntaStick Crew. Amacam? Style dak nama? Haha! Setelah bincang punya bincang dengan ahli kumpulan, kami buat keputusan nak buat cerita yang bertajuk 'Conteng'. Short film 10 minit ni pasal perhubungan adik beradik yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan orang lidi oleh adik tu sendiri. Lukisan yang dilukis tu nanti akan jadi 2D animation. Nak cerita panjang - panjang, tak surprised pulak nanti. Tunggu laa, insyaAllah bila dah siap aku upload nanti. :p






 
Buat masa sekarang, memang aku fokus pada dua hal ni walaupun sebenarnya banyak lagi hal lain yang nak kena handle. Assigment & Projek pun dah mula dapat. Biasa la tu. Kehidupan seorang student. :p

p/s: Penat memang penat. Tapi ni sebahagian dari pengalaman kan.
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)