Friday, March 23, 2012

Tanggungjawab

Jalan yang kita pilih dan tanggungjawab. Dua perkara tu memang saling berkaitan. Lagipun setiap manusia mesti ada tanggungjawab masing - masing kan. Bezanya cara kita hadapi dan selesaikannya.

Apa yang aku nak taip ni berdasarkan situasi aku bermula dari minggu pertama sem ni hingga sekarang, minggu kelima. Tahun dua semester dua. Minggu pertama rasa rileks. Hanya pi kuliah, balik kuliah. Selesaikan pendaftaran mata pelajaran. Itu saja. Naik minggu seterusnya, acara menyibukkan diri pun bermula.

Assignment memang bertimbun - timbun. Submit assignment ni, dapat pulak assignment lain. Tiap - tiap malam buat assignment. Naik minggu ketiga, projek Bengkel 1 pun bermula.  Kena develop satu sistem yang ada database berdasarkan kluster yang diberi. Memang banyak pakai coding yang aku sendiri pun blur lagi sekarang ni. Haha!  Minggu lepas sibuk buat proposal untuk sistem tu, minggu ni sibuk buat DFD, ERD & Flow Chart. Naik minggu depan start buat sistem tu. Rasa serabut sangat pun ada jugak kadang - kadang. 

Dna yang terbaru, start minggu ni aku secara rasminya jadi Exco PRS UTeM. Exco bagi unit Multimedia, Publisiti dan Penerbitan. Maknanya ada lagi satu tanggungjawab yang menanti untuk dilaksanakan. Tadi baru balik dari mesyuarat yang pertama. Kalau diikutkan, banyak program PRS yang dah dirancang sepanjang tahun. Banyak aktiviti yang melibatkan Exco. Walau macam mana pun, insyaAllah aku cuba galas tugas tu dengan sebaik mungkin.

Sem ni memang mencabar. Ada projek, ada bengkel, ada PRS. Tu belum masuk yang lain lagi. Menanti di depan ada banyak tanggungjawab yang perlu aku selesaikan. Kadang - kadang ada terfikir, mampu ke aku pikul semua tanggungjawab ni. Selalu tak cukup tidur. :p Ini jalan yang aku pilih. Jadi aku kena hadapinya. Hadapi dengan tenang. Dengan cara berhemah dan beretika. Fullamak, ayat tak boleh blah! Haha! Ya, ini jalan yang aku pilih dan aku kena hadapinya sebagai seorang yang bersikap positif. Lagipun sebenarnya semua tanggungjawab ni boleh melatih aku untuk jadi orang yang lebih bertanggungjawab lagi. Mungkin amat berguna waktu aku kerja nanti. Think Positive Muhammad Nazrul Azwan. :)   



p/s: You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today. 

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)