Saturday, July 7, 2012

Amalan Kejuruteraan @ FKP

Sekarang ni aku dalam tempoh berhoneymoon. Honeymoon la sangat kan. Haha! Ada kursus Amalan Kejuruteraan kat UTeM sampai 13/7 ni. Sepatutnya start 23/6 haritu aku dah cuti sem. Tapi sebab ada AK, terpaksa aku stay. Kena gi kursus 3 hari kat setiap satu fakulti. Setakat ni aku paling suka AK kat Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Mungkin sebab minat.

Hari pertama belajar Autocad. Disebabkan haritu Arif dah ajar dan bagi note pasal Autocad ni, aku ada la jugak basic pasal software ni. Takde la terkial - kial sangat masa dalam lab. Nasib baik dapat assignment yang senang. Buat model dalam orthographic saja. :)


Masa last day hari Khamis tu, masuk "kilang" FKP. Kat sini boleh tengok segala mesin bagai. Teruja kot masuk sini. Macam - macam mesin ada. Ada technician yang tunjuk demonstrasi pasal welding, turning, EDM, etc. Best gilerr. Sekali rasa macam nak tukar kos masuk FKP pulak daaaaa. Haha!






p/s: Minggu depan dah habis AK. Tak sabar nak balik Kedah. Jelous tengok orang lain berhoneymoon. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)