Tuesday, February 7, 2012

Cinta @ Stalker

"Kalau kita rajin bukak FB dia, tengok gambar dia, baca post dia, kita dikira stalker walaupun sebenarnya kita minat kat orang tu?"

Ada sorang kawan perempuan aku tanya soalan ni. Aku rasa benda ni subjektif. Terpulang pada individu. Kalau aku, aku okay saja, tak kisah. Habis buat apa ada FB macam tu. :p

Kawan aku ni cakap dia ada minat someone dalam diam - diam. Tapi dia tak berani nak luahkan. Hanya pendam dalam hati. Apa yang boleh dia buat, hanya bukak FB mamat tu setiap hari. Dia cakap hanya dengan buat macam tu, dia dah cukup happy. Tapi dia takut kalau dicop stalker pulak. Takpa la makcik, orang bukan tau pun. Diam - diam sudah. :)

Aku pun pernah buat benda yang sama. Dan aku rasa ramai lagi yang buat macam tu jugak. Biasa la tu. Eh, aku buat jugak? Kantoi. Haha! 

Aku rasa benda ni tak salah. Setakat bukak wall kawan - kawan, sapa2 pun boleh. Yang salah kalau kita terniat nak buat @ dah buat benda - benda yang langgar privacy orang tu sendiri. Eg. curi gambar. Kalau kita, kita tak suka jugak kan. :)


p/s: Parti-time job - Pendengar Yang Setia. :p


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)