Saturday, February 25, 2012

Makin Busy

Sejak naik semester baru ahad lepas aku agak busy. Busy dengan bermacam - macam perkara sampai on9 bukan lagi keutamaan aku sejak minggu lepas. Hanya kadang - kadang update twitter guna henset.

Pagi Ahad, aku selamat  sampai di Melaka selepas mengharungi 7 jam yang 'indah' atas bas. Sampai di Kolej Kediaman Murni, terus konfius. Terus dalam dilema. Samaada nak duduk sekali dengan kawan - kawan rapat yg bukan satu fakulti dengan aku, takpun duduk dengan kawan - kawan sekelas. Akhirnya aku terpaksa pilih salah satu, duduk dengan kawan - kawan sekelas. Mungkin ada baiknya, senang sikit nak buat assignment.

Kitorang dapat rumah paling atas sekali, aras 4. Nak lagi best, dalam rumah tu ada tangga lagi yang menjadikan bilik aku aras 5. Ya, memang aku suka bilik aku atas sekali, memang aku suka naik tangga sampai aras 5. Haha! :p

Hakikatnya, aku kadang - kadang saja ada di bilik. Waktu lain, aku lebih banyak habiskan masa di bilik member  rapat aku, Aril, Afiq, Fahmi, Arip, etc. Takpala, tak satu rumah, lepak kat rumah diorang pun jadi la. :p

Hari Isnin dah start kelas. Nasib baik lecturer banyak briefing saja. Tengok subjek sem ni, macam cannot go jugak. Kadang - kadang rasa cuak, tapi insyaAllah, boleh. :) Ada kelas yang boleh adjust jadual, ada yang tak. Tapi yang tak best ada kelas hari Jumaat. 2 kelas pulak tu. Nasib baik pagi. Minggu pertama ni  tengah cari 'jiwa' study. Cuti sebulan, rasa heaven sampai lupa pasal study. Masuk kelas balik, rasa macam pelik la pulak.

Minggu 1 & 2 ni rasa macam rileks sikit. Lepas ni mesti dah busy. Busy dengan study, assignment, bengkel 1, etc. So masa yang ada ni kena gunakan dengan sebaiknya. Bukan selalu dapat peluang macam ni kan. Haha.!



p/s: Sejak duk tingkat paling atas & wifi lembab, rasa malas gila nak on9. =.= 
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)