Friday, February 3, 2012

Waktu Solat Melalui Handphone

Sekadar berkongsi untuk sesiapa yang belum tau. :)


01548406385
Kedah (Kubang Pasu,Kota Setar,Alor Star)

01548406387
Perlis (Kangar,Padang Besar,Arau)

01548406384
Kuala Lumpur

01548406390
Negeri Sembilan (Port Dickson,Seremban,Kuala Pilah,Jelebu,Rembau)

01548406391
Selangor (Gombak,Hulu Selangor,Rawang,Hulu Langat,Sepang,Petaling,Shah Alam)

Dail nombor di atas mengikut kawasan yang dikehendaki. Jangan letak di telinga sebaliknya hanya lihat di skrin handphone sehingga handphone tamatkan panggilan nombor yang kita dail tu dengan sendiri. Secara automatik paparan waktu solat akan dipaparkan di skrin handphone. Free saja. Takde charge. :)



p/s: Setakat ni hanya di kawasan tertentu (diatas) saja yang boleh guna perkhidmatan ni. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, February 1, 2012

Zaman Muda



Pagi tadi dengan rajinnya kemas buku - buku sekolah yang dah berkurun ditinggalkan tu. Sebab dalam bilik aku ni terlalu banyak sangat buku, dari zaman sekolah ke zaman diploma dan sekarang ke zaman degree, aku terpaksa renovate balik rak - rak buku dalam bilik ni.

Tengok balik buku - buku sekolah, teringat zaman kegemilangan persekolahan dulu. Tiba - tiba terjumpa pulak majalah sekolah. Tengok balik gambar - gambar kelas. Terus digamit memori. Adoi, ayat.... Terkenang zaman muda mudi dulu. Rasa kelakar bila tengok gambar aku pakai baju sekolah + tie. Gelak sorang - sorang. Muka innocent lagi masa tu. Haha!

Aku dulu waktu sekolah bukanlah seorang yang banyak cakap. Dicop pendiam oleh kawan - kawan. Hanya banyak mulut dengan kawan  -kawan yang rapat dengan aku. Banyak masa dihabiskan bersama kawan  - kawan. Nak bercinta jauh sekali. Entah kenapa aku tak minat bercinta waktu sekolah.

Semakin beredar masa, semakin mematangkan aku sebenarnya. Macam tak percaya Nazrul Azwan yang dulunya masih lagi beruniform sekolah kini sudah melangkah ke alam degree. Banyak pengalaman dilalui sepanjang perjalanan yang indah ini. :)



p/s: Rindu pulak nak pakai baju sekolah. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, January 28, 2012

Dan Keputusannya

Result exam boleh dikatakan officially dah tau. Alhamdulillah, result aku okay, melebihi jangkaan aku sebelum ni walaupun aku rasa tak boleh nak lawan kawan - kawan lain, lagi -lagi King Sophyd. Tahniah la bro. Dari haritu aku dah cakap, manager lagi hebat dari artis. Haha. :p

Ya, aku bersyukur dengan result aku. Seriously, tak sangka. Setelah bergelut sakan semester ni, aku hanya harapkan aku lulus semua subjek dan boleh capai pointer 3 ke atas. Masa habis exam haritu tawakal sajalah. Tapi aku dapat lebih dari tu. Result yang sama dengan CGPA aku waktu diploma dulu. Alhamdulillah.

Rasanya result aku setimpal malah lebih dengan apa yang aku usahakan. Aku bukanlah seorang yang terlebih berusaha sepanjang sem lepas. Study pun jarang walaupun tu azam aku waktu baru mula sambung ijazah haritu. Nak study selalu. Tapi, hampeh. Biasa la Mat Nazrul Azwan ni kan. ON9 laju, study malas. Malam exam orang lain bergelut study, aku boleh gatai pi rileks & tidoq awai - awai lagi. Haha!


Habis semester 1, naik pulak semester 2. Sem 2 ni ingat nak buat azam baru. Orang lain buat azam masa tahun baru, aku buat azam waktu naik sem. Slumber sajalah. :)


1. Rajin study
2. Buat assignment seawal yang boleh
3. Rajin berjumpa lecturer



InsyaAllah, boleh. Kalau tak boleh, taktau la apa nak jadi dengan hang ni Mat Nazrul Azwan. Pegang ayat ex-roomate aku waktu dip dulu Mat Fazreen "Kalau nak mesti ada cara". Ya, pilih nak atau tidak , pilih rajin atau malas. Itu saja. :)


p/s: Masih lagi berbaki 3 sem. 3 sem untuk study, bukan main - main. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Thursday, January 26, 2012

Kau Aku








Mereka antara insan yang rapat dengan aku waktu diploma dulu. Banyak suka duka yang dikongsi bersama. Menempuh perjalanan yang sangat berliku demi menamatkan pengajian diploma. 

Mengejar mimpi, yang pasti akan aku sentiasa merasa kehilanganmu.
Ku akan tunggu saat bertemu.
Tiada henti, walau di mana kita berdiri,
Didalam dunia ini, biar sampai akhirnya nanti.

Sekarang masing - masing dah ada haluang masing - masing. Ada yang masih sambung study, ada yang dah bekerja, ada yang dah nak jadi mak orang. :p
Serius, aku rindu kenangan itu. InsyaAllah mungkin ada rezeki kami akan berjumpa lagi nanti. 

p/s: Antara yang manis, saat ada kawan yang setia suka duka. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Cari Diri Sendiri

Kadang - kadang kita rasa kita dah jumpa apa yang kita nak dalam hidup. Tapi kadang - kadang jugak kita boleh berubah fikiran.

Aku rasa aku pun mengalami situasi yang sama. Dulu waktu sekolah aku ingat lagi, aku teringin nak jadi wartawan. Punya belajar BM & BI bersungguh - sungguh. Ingat konon nak ambik masscomm la time sambung study. Alih - alih ambik multimedia.

Dari situ aku belajar, apa yang kita nak tak semestinya kita akan capai. Aku pun mula terima yang mungkin 'takdir' aku dalam dunia multimedia. Start dari situ, aku mula minat coding. Ni semua gara - gara belajar C++ waktu diploma sem 1 dulu.

Naik degree, aku rasa cinta minat aku macam dah beralih arah sejak aku mula kenal subjek Artificial Intelligence. Sejak aku kenal apa itu AI, aku makin minat nak menelaah subjek ni.

Dan sekarang, aku sendiri tengah belajar mengenal diri sendiri. Apa sebenarnya yang aku nak capai dalam hidup ni. Bukan mudah nak jadi seorang manusia yang kita nak jadi, tapi sangat senang jadi orang yang tak nak kita jadi. :)


p/s: Kan senang kalau mencari haluan hidup semudah mencari kedai makan. :p


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, January 22, 2012

Emak

Emak. Apa yang boleh aku cakapkan pasal mak. Terlalu banyak. Sejak aku kecik, memang aku rapat dengan mak. Apa jua hal ,memang aku cari mak. Rasanya antara mak dengan abah, aku lebih suka mintak apa - apa pun dari mak. :)

Mungkin disebabkan aku anak sulung, perhatian kat aku mungkin lebih sikit. Kalau nak apa, mesti selalu dapat. Mesti mak akan belikan. Lagipun adik lelaki aku lebih rapat dengan abah, jadi aku lebih rapat dengan mak.

Mak memang bukan seorang yang garang. Dia lembut hati. Kadang - kadang kalau anak - anak buat perangai memang dia agak bising, tapi sat saja.Berbanding abah, memang mak takkan berletiaq. Hehe.

Kalau ikutkan agak terhad sebenarnya masa aku & adik beradik nak luangkan dengan mak. Mak masih lagi bekerja. Dari dulu sampai sekarang pi kerja pagi, balik kerja lewat petang. Hanya waktu malam & hujung minggu saja baru kami boleh luangkan masa dengan mak. Tapi aku faham, mak kerja pun sebab nak cari rezeki, nak tampung kehidupan kami adik beradik. Sebab tu kalau hujung minggu kadang - kadang aku suka ikut mak & abah keluar. Waktu tu pun nak spend time masa dengan diorang. Kalau dengan kawan - kawan boleh keluar selalu, takkan dengan mak abah sendiri tak boleh.

Kadang - kadang aku rasa tersentuh bila fikirkan pasal mak. Dia sayangkan anak - anak dia, tapi adakah anak - anak dia dah bagi kasih sayang yang mencukupi untuk dia. Pernah dulu waktu tahun pertama aku ambik diploma, pertama kali aku berenggang dengan keluarga, pertama kali aku berpuasa di tempat orang. Adik aku cakap yang tiap kali mak bukak puasa, mak takda selera makan sebab ingatkan aku kat Ipoh. Apa yang aku makan, macam mana keadaan aku kat sana. Tiap kali mak tengok juadah berbuka ada makanan yang aku suka makan, mak menangis. Serius, aku tersentuh.

Tahun 2012 ni umur mak pun dah separuh abad. 50 tahun. Tanpa aku sedar mak yang dulunya kuat mendukung aku waktu aku bayi, yang selalu belikan aku mainan waktu aku kanak - kanak, yang selalu bawakkan kami adik beradik ke taman permainan dah menginjak ke usia itu. Pantas masa beredar, tapi kasih sayang aku pada mak takkan pudar.

Mak, abang sayang mak. :)


p/s: Giliran entry pasal emak pulak. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, January 21, 2012

Abah

5 Januari lepas birthday abah aku. Cuma awal 5 hari dari birthday aku. Ya, dari kecik aku dah biasa panggil abah. Kalau orang lain ada yang panggil ayah, abah, papa, walid, etc. Aku lagi selesa dengan panggilan abah. Umur dia dah pun menjangkau 56 tahun. Dah lebih setengah abad.

Terus - terang, aku sebenarnya tak lah rapat dengan abah aku. Aku lebih rapat dengan mak. Mungkin sebab dalam apa - apa hal aku lagi selesa bila dengan mak.

Abah aku ni dari perpektif aku tak la garang sangat sebenarnya. Kalau ada buat salah pun, dia cuma tegur - tegur ja. Kalau dia dah tegur tu, okay kami adik - beradik stop. Tak payah nak lebih - lebih. Cuma "hobi" dia berletiaq (berleter). Haha! Selalu yang jadi mangsa, adik perempuan aku. Sebab dia nak buat apa pun, mesti lambat. Mau tak kena berletiaq dengan abah. :p

Mana ada ayah yang tak sayangkan anak - anak kan. Aku rasa abah pun sama. Tapi mungkin dia tak tunjukkan kasih - sayang tu depan - depan, tak macam mak. Sama macam aku. Aku rasa aku sangat jarang tunjukkan kasih - sayang aku kat abah. Rasa macam mana ntah. Tapi tu tak bermakna aku tak sayang abah. Dalam konteks aku, complicated sebenarnya hubungan ayah - anak ni. Hehe

Aku teringat cerita seorang lecturer aku. Dia cakap masa kecik sampai besar dia sangat takut dengan ayah dia. Tak pernah rapat. Tapi bila ayah dia dah tua & uzur, dia yang tolong jagakan. Tolong suapkan makanan, tolong mandikan. Waktu tu baru dia betul rasa rapat dengan ayah dia. Kalau boleh aku tak nak jadi macam tu. Bila dah tua baru ekspresi kasih sayang tu timbul.

Abah, abang sayang abah. :)



p/s: Tiba - tiba teringin nak tulis entry pasal abah. :)
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)