Sunday, August 12, 2012

Thumbs Up Buat Iklan Raya Ini

Antara iklan raya kegemaran aku tahun ni.

Iklan raya Bernas. Aku yakin, ramai yang dah pernah tengok iklan ni pasti tersentuh hati. Mula - mula aku tengok di TV. 1st time tengok terus rasa terfeeling - feeling. :p

Tengok pulak di YouTube. Kali ni versi full story. Memang feeling habis lahh. Ahmad jadi mata Fizi. Fizi jadi mulut Ahmad.



Kita semua excited nak sambut raya. Macam - macam yang kita prepare. Tapi sebenarnya kadang -kadang kita tak tefikir tentang orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita.

Insan - insan istimewa ni kadang - kadang jauh lebih tabah dari kita sendiri. Tapi yang sedihnya ada sesetengah dari kita yang bagi layanan "1st class" pada diorang. Sedih kot tengok masa diorang kat stesen bas & stesen keretapi tu. Lepas tu sanggup naik belakang lori sebab nak balik kampung then kena halau pulak tu.

Diorang sanggup balik kampung sebab nak melawat family, tapi ada sesetengah dari kita pulak yang sanggup abaikan family bila hari raya semata - mata nak kejar nikmat raya untuk diri kita sendiri.

Thumbs up & tahniah pada Bernas, Production, & Director (Hafiz Ibrahim) sebab berjaya hasilkan iklan raya yang best nih.

Iklan raya Petronas ni pun best. Kalau kat TV sat ja tunjuk. Tengok di YouTube baru lebih menghayati iklan nih. Haha!

 

Bila kita sendirian di tempat orang, baru kita belajar menghargai apa yang ada disekeliling kita & apa yang pernah kita kecapi. Dulu mungkin bila kita dah terlalu selesa di comfort zone, kita lupa yang mungkin tu hanya sementara.

Kita bertuah sebenarnya duduk di Malaysia ni. Ada sesetengah negara yang rakyatnya kebuluran. Ada yang tak dapat pendidikan sebab terlalu daif. Ada yang selalu ditindas. Kita disini hidup aman damai tapi still tak mahu bersyukur. Masih tak menghargai apa yang kita ada.

Mungkin bila dah hilang kesenangan tu baru kita menghargai apa itu makna bersyukur.

Thumbs up & tahniah jugak buat Petronas & production team. :)

> Kenapa aku rasa kita makin kekurangan iklan raya yang best setiap tahun?
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Thursday, August 9, 2012

Lepak @ Cameron Highlands

Jalan - jalan di bulan puasa. Melepak di Cameron Highlands dengan Alip, Kimi, Am & Afif. Ad hock punya plan. Memang macam takdak kerja sangat kan. Dari Sungai Petani ke Cameron. :p


Awal - awal pagi dah bertolak dari SP. Singgah masuk Ipoh sebab nak ambik Afif, bestfriend aku kat UTeM. Sampai Cameron dalam pukul 12 macam tu. Kebetulan cuaca kat Cameron mendung. Syok kot. Sejuk. Tak rasa letih sangat walaupun puasa. Bajet macam kat oversea laa. Haha!

Yang tak boleh blah, lepak sat saja kat sini. Pukul 3 dah bertolak balik. Singgah Ipoh hantar Afif & bukak puasa kat rumah dia sekali. Lepas Maghrib, kami pun balik SP. Memang saja nak jalan - jalan kan di bulan puasa. :p


> Cuti sem tinggal lagi sebulan. Awat rasa sat sangat nih. Tak puas lagi cuti. =.=" 

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, August 6, 2012

Ramadhan Itu

Alhamdulillah. Harini dah masuk 17 Ramadhan. Pejam celik cepat betul masa. Rasanya macam baru lagi start berpuasa. Nenek aku pernah kata, 15 hari yang pertama ibarat kita daki gunung. 15 hari yang terakhir, kita turun gunung. Waktu mendaki, memang kita akan terasa letih tapi bila dah sampai ke puncak, sikit demi sikit mula hilang segala letih tu.

Tahun ni aku berpeluang sambut puasa di rumah dengan family sebab tengah cuti sem yang sangat panjang. Tahun ketiga berpuasa di rumah selepas habis diploma. Memang bersyukur sangat sebab waktu diploma dulu, dari 2007 sampai 2009, 3 tahun berturut - turut tak dapat berpuasa dengan family aku. Naik degree, alhamdulillah dapat jugak. Yela, aku paling suka berbuka dengan family. Bukan sebab makanan yang banyak tapi sebab suasana waktu berbuka tu. Dikelilingi family kita sendiri. Tak dapat nak explain macam mana perasaan tu. Hehe.

Kadang - kadang ada jugak teringat kenangan berpuasa waktu diploma dulu. Tahun 2007. 1st time berpuasa di tempat orang. 1st time berenggang dengan family waktu bulan puasa. Memang rasa lain. Nasib baik ada kawan - kawan senasib. Taklaa rasa sedih sangat. Haha. Kena berdikari sendiri. Kalau kat rumah, makanan family yang sediakan. Bila dah jadi anak perantau, nasi bujang la jawabnyaa. :p

Yang tak boleh lupa, sepanjang 3 tahun dalam bulan puasa tu, kadang - kadang aku berbuka atas bas. Selalunya kalau dari Sungai Petani nak balik ke Perak aku naik bas petang. Alamatnya memang berbuka atas bas la jawabnya time berbuka tu. Penuh satu beg mak & nenek aku bekalkan makanan buat berbuka.

 Ada jugak yang tak boleh blah. Waktu dah nak dekat raya sem 1 dulu, bukan main lagi aku & Khai buat slide story pasal housemate nak balik raya guna Power Point. Maklum laa, waktu tu baru belajar Power Point. Budak multimedia sem 1 kan. Poyo ja lebihh. Kira bajet hebat laa dapat buat animation slide guna Power Point waktu tu. Haha! 

Dan sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Kenangan di bulan Ramadhan :)

Kredit Imej : aram287

p/s: Salam Nuzul al-Quran. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Thursday, July 19, 2012

Mereka Keluarga


















PRS UTeM. Kami dah macam satu keluarga. Banyak suka duka beb. Tiap kali jumpa, mesti rasa happy. Walaupun jadi exco ni kadang - kadang rasa agak stress sebab banyak kerja, tapi dengan bantuan diorang semua, semuanya okayy. Haha!

p/s: Entry kali ni lebih banyak gambar dari ayat. Kadang - kadang gambar boleh ekpresikan segalanya kan. :)
p/s/s: Lagi satu, sebenarnya macam malas nak menaip. Hehe. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, July 16, 2012

Kenangan @ Murni

Kolej Kediaman Murni UTeM. Disini segala bermula. Cemerlang mencipta gemilang. Perhhh, tetiba masuk lirik lagu UTeM pulak kan. Aigoo. :p

Dua sem aku stay kat sini. Banyak kenangan. Di sini jua memori tercipta. Masuk lirik lagu Shila Hamzah pulak. Haha! 

Okayy, sesi karaoke dah tamat. Aku taktau kenapa, tapi waktu last day kat Murni haritu, rasa macam sedih pulak. Sedih nak tinggalkan Murni. Jiwang sekejap. ;)

Memandangkan sem depan dah tak duduk Murni, rasa berat hati nak tinggalkan hostel terchenta nih. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Chewahh! :p

Di bilik Arip lah pot paling best untuk main PES & NFS dengan dia, Zeek, Aril, Afiq, etc. Disitulah pot paling best nak layan movie & Running Man. Disitu jugaklah pot paling best buat acara buli membuli, bahan membahan, etc. Jugak pot paling best makan megi & roti berjemaah. Arghh, rindunyaaa!

Kadang - kadang waktu keluar makan malam, jalan kaki ramai - ramai pi Restoran Pantai Timur yang jauhnya 1 KM lebih kot. Situ restoran feveret kitorang. Walaupun masing - masing ada transport, tapi still nak jalan kaki. Syok woo. Kadang - kadang saja laa. Hehe. Ada satu masa, tengah jalan kaki tiba - tiba dikejar orang yang tak berapa betul. Kitorang lari lintang pukang. Kelakar bila ingat balik.

Seminggu sekali, kami berkelah ramai - ramai kat dalam rumah tu. Kalau time tu ada bajet lebih, kawtim beli KFC. Makan hingga menjilat jari! Haha!

Waktu last day kat Murni haritu, seriously cakap macam sedih gilaa. Tengok sorang demi sorang balik. Aku tak balik sebab ada AK tiga minggu tapi terpaksa stay di hostel lain, Emerald. Tinggal aku forever alone kat Melaka tiga minggu. Hoho. Nasib baik ada kawan - kawan sekelas. 

Sem depan aku duduk luar dengan kawan - kawan sekelas. Dah tak duduk hostel sebab dah tahun 3. Betul laa cakap Arip, aku akan rindukan Murni. Rindukan kawan - kawan. Haritu taknak mengaku. =.="     



p/s: Walaupun 1st impression kita rasa tak best, tapi bila kita dah biasa & kemudian tinggalkan, sebenarnya baru kita rasa best kan. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Friday, July 13, 2012

Amalan Kejuruteraan @ FKE & FKEKK

Dua fakulti terakhir untuk Amalan Kejuruteraan. Okay, jom start dengan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Masa hari 1st AK kat sini, rasa macam tak best. Hari 1st terus kena buat litar. Takde basic langsung. Aku dengan gigihnya buat jugak litar tu dengan partner aku si Aiman. Yang tak boleh blah, habis buat litar kena jawab assesment. Lecturer tu tanya soalan advance macam kitorang ni budak FKE. Mana nak tau jawab. Aigoo. =.="


Hari 2nd & 3rd macam dah okayy dah. Aku mula faham pasal circuit board, switch, relay, timer relay, wayar neutral, life, earth, etc. Kalau budak elektrik baca nih confirm aku kena gelak. Haha! Macam best pulak buat litar. Bila dah siap buat & tengok mentol lampu menyala, rasa legaaaaa sangat. Excited siot. :p


Kat sini memang aku puji lecturer - lecturer  FKE. Lecturer untuk ketiga - tiga hari memang dedicate person. Reason? Bila ditanya soalan assesment & kitorang tak dapat nak jawab, diorang akan explain dengan details pasal jawapan untuk setiap soalan tu. Dari tak faham terus jadi faham. 










Last fakulti, Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer (FKEKK). Kat sini kitorang guna software belajar pasal Multisim & Proteus. Software ni digunakan untuk design electronic equipment & test dalam software tu terus. Boleh tau jugak bacaan elektrik. Ehh, betul ke? Urmmm, aku pun taktau camna nak explain. Tanya mr. Google. Haha! Best jugak a guna software nih. Lecturer pun sporting. Dia ajar senang faham.

Nasib baik kat sini sehari je. 11/7/2012 tamat laa AK. :)



p/s : AK dah tamat. Bagi aku sendiri, AK ni sangat best. Sebab apa best? Next entry nanti aku ceritakan. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, July 11, 2012

Ketagih


Aku suka membaca. Itu fakta bukan auta. Betul, serious ni tak tipu. Hehe. Kalau jumpa Popular, MPH, Borders, etc memang berjam - jam aku boleh melekat dalam tu. Belek punya belek  mana buku - buku yang best untuk dibaca. 


Kebelakangan ni aku amat ketagih dengan novel - novel fixi. Start dengan Kelabu, kemudian berjangkit dengan Kasino, Zombijaya, Dendam, & Cekik. Pantang ada masa free, memang menghadap novel - novel ni. 



Sejak terbaca Kelabu, rasa macam boleh masuk jiwa pulak novel - novel fixi ni. Storyline lain dari yang lain. Ayat pun santai - santai dowh.  Mungkin sebab tu aku minat kot. Aku berjaya habiskan novel - novel fixi ni lagi cepat dari  Men From Mars Women From Venus tu walaupun dah berkurun - kurun aku baca MFMWFV tu. Haha! 

Next target, melayan siri - siri lain pulak - Kougar, Pecah, Jerat, Ngeri, Tabu, etc. So, lets the mission begin. :)





p/s: Novel macam ni lagi best dibaca dari novel jiwang. Pendapat aku laa. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)