Wednesday, July 11, 2012

Ketagih


Aku suka membaca. Itu fakta bukan auta. Betul, serious ni tak tipu. Hehe. Kalau jumpa Popular, MPH, Borders, etc memang berjam - jam aku boleh melekat dalam tu. Belek punya belek  mana buku - buku yang best untuk dibaca. 


Kebelakangan ni aku amat ketagih dengan novel - novel fixi. Start dengan Kelabu, kemudian berjangkit dengan Kasino, Zombijaya, Dendam, & Cekik. Pantang ada masa free, memang menghadap novel - novel ni. 



Sejak terbaca Kelabu, rasa macam boleh masuk jiwa pulak novel - novel fixi ni. Storyline lain dari yang lain. Ayat pun santai - santai dowh.  Mungkin sebab tu aku minat kot. Aku berjaya habiskan novel - novel fixi ni lagi cepat dari  Men From Mars Women From Venus tu walaupun dah berkurun - kurun aku baca MFMWFV tu. Haha! 

Next target, melayan siri - siri lain pulak - Kougar, Pecah, Jerat, Ngeri, Tabu, etc. So, lets the mission begin. :)





p/s: Novel macam ni lagi best dibaca dari novel jiwang. Pendapat aku laa. :p
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, July 7, 2012

Amalan Kejuruteraan @ FKP

Sekarang ni aku dalam tempoh berhoneymoon. Honeymoon la sangat kan. Haha! Ada kursus Amalan Kejuruteraan kat UTeM sampai 13/7 ni. Sepatutnya start 23/6 haritu aku dah cuti sem. Tapi sebab ada AK, terpaksa aku stay. Kena gi kursus 3 hari kat setiap satu fakulti. Setakat ni aku paling suka AK kat Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Mungkin sebab minat.

Hari pertama belajar Autocad. Disebabkan haritu Arif dah ajar dan bagi note pasal Autocad ni, aku ada la jugak basic pasal software ni. Takde la terkial - kial sangat masa dalam lab. Nasib baik dapat assignment yang senang. Buat model dalam orthographic saja. :)


Masa last day hari Khamis tu, masuk "kilang" FKP. Kat sini boleh tengok segala mesin bagai. Teruja kot masuk sini. Macam - macam mesin ada. Ada technician yang tunjuk demonstrasi pasal welding, turning, EDM, etc. Best gilerr. Sekali rasa macam nak tukar kos masuk FKP pulak daaaaa. Haha!






p/s: Minggu depan dah habis AK. Tak sabar nak balik Kedah. Jelous tengok orang lain berhoneymoon. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Wednesday, June 13, 2012

Final Exam Week

Assalamualaikum.

Sangat lama tak update blog. Dekat 3 bulan. Busy gilaaaa! Dari awal sem, sampai sekarang tengah exam week baru ada masa nak update. Sem ni memang terlebih busy. Tapi dalam busy -  busy pun sempat lagi keluar sana sini. :p

22/6 nanti habis final exam. Start sem depan dah masuk tahun 3. Cepat betul masa berjalan dengan efisiennya. Haha! Tak sabar nak balik Kedah tapi tapi tapi sayang pulak nak tinggalkan kawan - kawan rapat kat sini. Rasanya sem depan kami bukan satu hostel lagi. Aku dah nak kena duk luar sebab dah tahun 3. Sedihnyaaaa. =.="



p/s: Cuak nak amik exam kali ni. Banyak subjek killer.
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, March 25, 2012

Gambar Dedah Aurat Di Post Menutup Aurat

Acapkali aku tengok post berunsur Islamik di FB & Blog tentang aurat wanita. Memang tak salah nak berkongsi. Benda baik kan. Memang patut dikongsi dengan orang lain. Secara tak langsung kita yang baca pun akan dapat pengajaran. Betapa pentingnya menjaga aurat kita.
 
Yang memusykilkan aku, kadang - kadang ada antara post tu letak gambar wanita yang berbaju ketat, bertudung tidak menutupi dada, etc sebagai contoh. Jadi secara automatiknya, kita yang bukak nak baca pun akan tertengok gambar - gambar macam tu. Adoi, kita pun akan dapat dosa? Aku kurang pasti pasal ni tapi aku rasa mungkin ada cara lain lagi selain letak gambar - gambar "straight to the point" macam tu untuk dibuat contoh. 


p/s: Kalau kita tak tutup aurat kita, ibaratnya kita dengan sengaja memperagakan & riak apa yang kita ada kan. :)

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Friday, March 23, 2012

Tanggungjawab

Jalan yang kita pilih dan tanggungjawab. Dua perkara tu memang saling berkaitan. Lagipun setiap manusia mesti ada tanggungjawab masing - masing kan. Bezanya cara kita hadapi dan selesaikannya.

Apa yang aku nak taip ni berdasarkan situasi aku bermula dari minggu pertama sem ni hingga sekarang, minggu kelima. Tahun dua semester dua. Minggu pertama rasa rileks. Hanya pi kuliah, balik kuliah. Selesaikan pendaftaran mata pelajaran. Itu saja. Naik minggu seterusnya, acara menyibukkan diri pun bermula.

Assignment memang bertimbun - timbun. Submit assignment ni, dapat pulak assignment lain. Tiap - tiap malam buat assignment. Naik minggu ketiga, projek Bengkel 1 pun bermula.  Kena develop satu sistem yang ada database berdasarkan kluster yang diberi. Memang banyak pakai coding yang aku sendiri pun blur lagi sekarang ni. Haha!  Minggu lepas sibuk buat proposal untuk sistem tu, minggu ni sibuk buat DFD, ERD & Flow Chart. Naik minggu depan start buat sistem tu. Rasa serabut sangat pun ada jugak kadang - kadang. 

Dna yang terbaru, start minggu ni aku secara rasminya jadi Exco PRS UTeM. Exco bagi unit Multimedia, Publisiti dan Penerbitan. Maknanya ada lagi satu tanggungjawab yang menanti untuk dilaksanakan. Tadi baru balik dari mesyuarat yang pertama. Kalau diikutkan, banyak program PRS yang dah dirancang sepanjang tahun. Banyak aktiviti yang melibatkan Exco. Walau macam mana pun, insyaAllah aku cuba galas tugas tu dengan sebaik mungkin.

Sem ni memang mencabar. Ada projek, ada bengkel, ada PRS. Tu belum masuk yang lain lagi. Menanti di depan ada banyak tanggungjawab yang perlu aku selesaikan. Kadang - kadang ada terfikir, mampu ke aku pikul semua tanggungjawab ni. Selalu tak cukup tidur. :p Ini jalan yang aku pilih. Jadi aku kena hadapinya. Hadapi dengan tenang. Dengan cara berhemah dan beretika. Fullamak, ayat tak boleh blah! Haha! Ya, ini jalan yang aku pilih dan aku kena hadapinya sebagai seorang yang bersikap positif. Lagipun sebenarnya semua tanggungjawab ni boleh melatih aku untuk jadi orang yang lebih bertanggungjawab lagi. Mungkin amat berguna waktu aku kerja nanti. Think Positive Muhammad Nazrul Azwan. :)   



p/s: You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today. 

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, March 11, 2012

Pedas Sampai Demam

Aku sememangnya tak boleh & tak suka makan pedas. Kalau boleh memang nak elakkan. Tabiat pemakanan aku ni pelik sikit. Kalau orang lain suka makan pedas, aku tak. Lagi satu kalau orang lain suka makan ayam gorang KFC + burger MCD dengan sos, aku suka makan tanpa sos. Bagi aku bila makan dengan sos, dah tak rasa ke'original'an makanan tu. Tu belum masuk yang lain lagi. :p

Nak jadi cerita, semalam aku makan nasi kenduri yang Zul hantar kat hostel. Ada gulai daging, masak lemak rebung & sambal ayam. Mula - mula tu memang makan banyak jugak la walaupun petang tu dah makan nasi lemak.

Tengah sedap makan, gelombang kepedasan pun bermula. Haha! Seriously sambal ayam tu sangat pedas bagi aku. Kawan  -kawan yang lain elok je makan, aku pulak yang pedas. Pedas sampai sakit kepala. Muka pun pucat. Punya la pedas kan. :p

Lepas makan pedas tu, terus rasa tak sedap badan. Pagi ni waktu bangun, terus demam. Gila tak gila, makan pedas pun boleh demam. Hehe. Demam sampai sakit seluruh badan. Nak jalan pun tak larat. Last - last Arif bawak pergi klinik ambik ubat. Dah makan ubat baru kurang sikit.

Hakikatnya, aku memang tak boleh makan pedas. Dari kecik sampai besar memang TAK SUKA. Tiap kali makan pedas, mesti rasa lain macam. Pelik kan. Patutnya orang Kedah suka makan pedas, tapi aku tak. Spesis yang unik ni. :p


p/s: Macam fobia nak makan sambal ayam lagi dah. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, March 10, 2012

Menelaah OpenGL

Naik semester baru, aku belajar banyak benda baru. Salah satu subjek yang paling aku minat setakat ni subjek Computer Graphic Interactive (CGI).

CGI ni banyak belajar pasal guna coding OpenGL untuk buat graphic. Masa first masuk kelas & lab, macam blur - blur lagi. Tengok coding pun satu apa tak faham. Tapi lama - lama bila duk rajin menelaah OpenGL ni, baru rasa macam faham la jugak. Macam best.

Gambar kat bawah ni gambar aktiviti lab 4 hari Khamis lepas. Kena belajar coding & coordinat nak design "orang salji" ni. Haha. Tengok simple, tapi nak buat ni ambik masa jugak la untuk beginner macam aku. Nak kena tau coding untuk setiap bentuk, kod untuk warna, etc. Ni baru 2D. Lepas ni belajar buat dalam 3D pulak. Kena tambah memori la dalam otak ni nak ingat banyak coding. :p


p/s: Sem ni tiga subjek kena guna coding. Aigo. =.=
Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)