Wednesday, January 11, 2012

Ulang Tahun Kelahiran

Selamat tinggal 22 tahun. Selamat datang 23 tahun. Pejam celik aku dah pun tambah satu lagi angka dalam umur aku. Rasa macam baru semalam aku sambut birthday yang ke 22.

Fasa 22 tahun aku lalui dengan penuh onak ranjau. Tudiaaaaa ayat. Antara yang paling bermakna bagi aku bila aku dapat sambung belajar pada 4 September tahun lepas. Ya, hasrat nak sambung belajar tercapai jugak akhirnya. Alhamdulillah.

Dan harini aku dah pun berumur 23 tahun. Masih tak percaya. Masih teringat bagaimana waktu zaman SPM dulu, aku terbayang macam mana keadaan aku waktu menginjak 23 tahun. Hari ni, aku melaluinya sebagai seorang yang berguna la jugak. :p

Setiap daripada kita mesti akan ada orang pertama yang kita harap untuk menjadi orang terawal wish birthday pada kita. Orang yang aku harapkan adalah mak aku. Ya, aku memang harap sangat mak aku akan wish seawal yang boleh. Harapan aku jadi kenyataan. Awal - awal lagi dia telefon aku wish. Sedih jugak tak dapat balik sambut birthday dengan family. Tapi takpa la, minggu depan dah boleh balik Kedah! Sabar Mat Nazrul Azwan! :)

Umur 23 tahun ni aku harap aku jadi insan yang lebih baik & semakin matang lagi. Yela, macam ramai orang yang wish cakap, dah tua. So aku kena la buat cara orang tua! Haha!

p/s: Malam ni rasa tak tenteram. King Sophyd, terima kasih dengar sikit luahan jiwang aku tadi. Sebab tu ko kalah main PES kot. :p




Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Sunday, January 8, 2012

REBUT


PROJECT COMBINATION OF AUDIO VIDEO DIGITAL & COMPUTER ANIMATION SUBJECT

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Saturday, January 7, 2012

Itulah Kawan

Tengah malam macam ni sememangnya mood yang baik bagi aku untuk melayan perasaan. Maaf, bukan melayan jiwang, tapi melayan kenangan mengusik jiwa. Sempat lagi hang dok mengelamun padahal orang lain busy study musim final exam ni.

Teringat balik kenangan waktu sekolah rendah, sekolah menengah, diploma sampai la sekarang, degree. Banyak pengalaman yang dah aku lalui. Sedar tak sedar dah makin tua aku ni. Dalam proses ni, aku ketemu ramai insan  yang bersilih ganti datang dalam hidup aku. Ada yang datang dan pergi dan ada yang datang dan terus kekal sehingga kini.

Orang cakap kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari. Aku setuju dengan pendapat tu. Kawan waktu kita senang memang ramai. Tapi berapa kerat kawan yang sanggup menolong kita waktu kita dalam kesusahan? Waktu kita memerlukan pertolongan? Yang tak sanggup tengok kita dalam masalah. Seorang kawan yang baik pasti akan mengambil berat akan kawan baik dia sendiri. Menjadi tempat untuk berkongsi rahsia. Suka duka. Kawan yang boleh tersenyum riang dan menangis bersama - sama.

Hanya satu, adakah kita benar - benar menghargai persahabatan itu?


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, December 27, 2011

Diam Itu Sombong?

Kadang - kadang aku ada jugak terdengar suara - suara merdu yang cakap aku ni macam sombong. Alasan? Sebab aku diam.

Diam tu sombong? Mana ada. Tu dua karakter berbeza. Ya, memang selalunya aku lebih banyak diam. Pendiam mungkin? Entah la. Kalau kena masa memang aku agak banyak bercakap. Tapi tengok keadaan jugak. Ada masa aku lebih selesa duduk diam. Hanya perhati keadaan sekeliling. Biarkan orang sekeliling bercakap. Takkan macam tu dianggap sombong?

Aku rasa aku bukanlah seorang yang sombong, poyo, kekwat, berlagak dan sama waktu dengannya. Tu bagi pendapat aku sendiri la. Haha! Taktau pendapat orang lain. Mungkin diorang belum kenal aku lagi. Kalau dah kenal mungkin persepsi diorang akan berbeza.

Ada jugak yang cakap kat aku, aku susah nak senyum. Kalau perhati kat aku, tengok aku buat donno saja. Adoi. Sebenarnya aku segan. Bukan sombong. Kadang - kadang bila tengok, rasa macam nak senyum tapi aku takut kalau takdak respons. Tak ke malu aku. Haha!

Tapi ni bagi sesetengah orang ja. Ada ja dengan orang lain aku mudah senyum walaupun kenal  / tak kenal. Ikut orang gak kot. Entah ler labu. Kalau boleh aku tak nak la orang cop aku ni seorang yang sombong. Nak kata aku pendiam, aku pun sendiri taktau. Nak kata aku talkative, memang bukan aku. Aku hanya selesa jadi diri aku sendiri. Diam tu tak bermakna sombong kan. Kalau boleh describe karakter aku dalam satu watak drama, aku rasa aku macam Lee Shin dalam Heartstrings. Hahaha! :p


cold


tapi sebenarnya OKAY

p/s: Aku harap dia & lain - lain takkan anggap aku sombong lagi. 
p/s/s: Maaf, terperasan pulak malam ni. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Aku Dah Tua

Tadi petang lepak dekat taman permainan area rumah aku. Sambil borak - borak dengan Alip, ralit dok perhati budak - budak kat situ main kejar -  kejar.

Secara automatiknya. Tettttttttttt. Ayat tak boleh blah. Aku terfikir. Kan best waktu zaman budak - budak dulu. Tak payah fikir hal lain. Pi sekolah. Balik sekolah. Main. Tido.

Berbeza dengan sekarang. Makin tua dewasa ni, makin banyak perkara nak kena fikir. Fikir pasal family, pasal relationship, pasal duit, pasal masalah, pasal assignment, pasal masalah dunia. Kadang - kadang tu rasa agak serabut la jugak.

Tapi sebenarnya secara tak langsung hal - hal macam ni la yang mematangkan kita dalam hidup. Boleh mempengaruhi kita dalam buat keputusan. Kalau kita tak hadapi semua masalah, macam mana kita nak ajar diri kita sendiri untuk jadi lebih kuat. Tu yang aku selalu pesan pada diri aku.

p/s: Berani berdepan masalah, semuanya takde hal lah! :)


Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Tuesday, December 20, 2011

Saya Sayang Maya

Dalam entry lepas aku ada cakap pasal takdak motivasi nak buat assignment modelling diri sendiri kan. Akhirnya alhamdulillah dapat gak submit assignment ni Isnin minggu lepas.

Walaupun aku rasa modelling aku tak cantik macam modelling orang lain, tapi rasa lega la sebab dah lepas BALA nak buat modelling. Haha! Seriously cakap, tekanan kot nak buat benda ni. Dengan takdak motivasi aku gagahkan jugak buat 5 hari 5 malam. Nak makan pun tak lalu. Poyo ja kan. :p Buat pun macam cincai - cincai ja. Lantak la. Aku fobia dengan Maya. Aku lebih rela menghadap coding dari menghadap Maya.



p/s: serik belajar animation & sama waktu dengannya.

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)

Monday, December 19, 2011

IU & SNSD




Fall in love with this. Bila awek - awek aku menyanyi. :p

Jazakkallah khairan khatira. Assalamualaikum (",)